Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 Julai
Dari Wikipedia bahasa Melayu
13 Julai: Perayaan Bon di Jepun
- 1174 – William si Singa, pemberontak utama dalam Pemberontakan 1173-1174, ditangkap di Alnwick oleh pasukan tentera yang taat setia kepada Henry II dari England.
- 1772 – Kapal HMS Resolution belayar dari Plymouth, England, di bawah kuasa pemerintahan Kapten James Cook.
- 1793 – Jean-Paul Marat, pemimpin Revolusi Perancis, dibunuh di dalam takung mandinya oleh Charlotte Corday. (gambar)
- 1878 – Kuasa-kuasa utama melukis semula peta Balkan dalam Perjanjian Berlin.
- 1985 – Konsert-konsert amal Live Aid yang dikelolakan oleh Bob Geldof dan Midge Ure untuk memungut derma bantuan kebuluran di Ethiopia, diadakan di London dan Philadelphia.