Revolusi Perancis
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Rencana ini sedang diusahakan oleh: Master2841 |
Revolusi Perancis merupakan satu penentangan terhadap pemerintahan Raja Louis XVI yang bersifat autokratik serta terhadap golongan bangsawan yang mempunyai kepentingan serta memonopoli beberapa kesitimewaan.
Revolusi Perancis ini bermula pada tahun 1789 dan berakhir sekitar tahun 1799. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".
[Sunting] Sebab-sebab berlakunya Revolusi Perancis
Pengkaji sejarah pada amnya bersetuju bahawa sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Perancis adalah seperti berikut:
- Pengaruh para pemikir Enlightment.
- Kelemahan pemerintahan Raja Louis XVI.
- Keistimewaan Estet Pertama dan Estet Kedua.
- Masalah kewangan.
- Pengaruh Revolusi Amerika.
Pengaruh para pemikir Enlightment merupakan antara penyumbang besar belakunya Revolusi ini. Mereka memperjuangkan hak semula jadi manusia sebagai prinsip utama pemikiran mereka. Kebanyakan pemikir Enlightment Perancis seperti Jean Jacques Rousseau, Montesquieu, Voltaire, dan Denis Diedrot amat dipengaruhi oleh falsafah John Locke. Pemerintahan Raja Louis XVI yang autokratik memburukkan lagi keadaan. Pemerintahan beliau dipengaruhi oleh isterinya, Maria Antoinette dan golongan bangsawan yang mementingkan diri.
Kesitimewaan Estet Pertama dan Estet Kedua seperti hak mengundi dan hak menjadi ahli Parlimen diberi kepada golongan yang berharta dan kaya. Parlimen Perancis terbahagi kepada kepada tiga estet iaitu:
- Estet Pertama - terdiri daripada golongan paderi.
- Estet Kedua - terdiri daripada golongan bangsawan.
- Estet Ketiga - terdiri daripada rakyat biasa dan ramai daripada mereka adalah golongan profesional.
Masalah tidak adil yang berlaku dalam Parlimen Perancis adalah sekiranya Estet Pertama dan Kedua bersetuju dengan sesuatu usul, maka Estet Ketiga tewas secara automatik. Hal ini menyebabkan Estet Ketiga yang merasakan ini adalah sesuatu perbuatan yang tidak adil membantah dengan kerasnya.
Disamping itu masalah kewangan yang semakin buruk akibat penyertaan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Amerika. Raja Perancis juga bersikap boros dalam membelanjakan wang negara serta tanaman-tanaman yang tidak menjadi. Kemenangan Revolusi Amerika serta idea-idea demokratik memberi rangsangan kepada orang Perancis dan mendorong revolusioner Perancis menentang kerajaan.