Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 September
Dari Wikipedia bahasa Melayu
13 September: Hari Kemerdekaan di Venda (1979)
- 533 - Belisarius dan askar-askarnya menewaskan Gelimer dan orang Vandal semasa Perang Ad Decimum berdekatan Carthage, dan memulakan semula "Penaklukan Barat" dibawah pemerintahan Maharaja Rom Timur, Justinian I.
- 1814 - Pengeboman Kota McHenry semasa Pertempuran Baltimore memberi inspirasi kepada Francis Scott Key untuk menulis "The Star-Spangled Banner," yang kemudiannya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1847 - Perang Amerika-Mexico: Enam orang remaja yang dikenali sebagai Wira Los Niños bertempur bermati-matian untuk mempertahankan sebuah akademi tentera di Castillo de Chapultepec di Mexico City semasa Pertempuran Chapultepec.
- 1987 - Insiden Goiânia: Sebuah bahan radioaktif telah dicuri daripada sebuah hospital terbiar di Goiânia, Brazil, mencemarkan beratus-ratus orang.
- 1993 - Selepas beberapa siri rundingan di Norway, pemimpin PLO, Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (gambar bersama-sama dengan Presiden A.S. Bill Clinton) secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
Hari-hari sebelum: 12 September – 11 September – 10 September