Wikipedia:Jangan mencipta laman mengenai diri anda
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Wikipedia adalah satu laman untuk mempromosikan ilmu dan bukan laman untuk mempromosikan diri anda. Dengan itu, jagan mulakan entri yang bertemakan diri anda. Sekiranya anda ingin memperkenalkan diri anda, anda boleh menggunakan laman pengguna diri anda.
[Sunting] Masalah Autobiografi
Autobiografi merujuk kepada riwayat hidup yang ditulis sendiri. Di pasaran buku, kita adalah tidak asing untuk berjumpa buku-buku autobiografi yang ditulis oleh orang-orang ternama. Tetapi di wikipedia, ia adalah tidak menggalakkan penggunanya mecipta laman autobiografi. Tindakan ini dianggap tidak sopan, dan lebih penting lagi telah melanggar prinsip NPOV. Maka daripada itu anda dinasihati menunggu orang lain untuk menulis tentang diri anda, sekiranya cerita anda dapat memanfaatkan orang lain.