Kanaq
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Orang Asli Kanaq adalah kaum orang asli yang paling sedikit jumlahnya di Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 83 orang.
Mereka tinggal di Kampung Sungai Selangi daerah Kota Tinggi, Johor. Bekalan elektrik 24 jam telah diterima di samping kemudahan air paip, jalan tar, surau dan tadika disediakan. Pendapatan tetap yang mereka terima adalah hasil kelapa sawit yang dilaksanakan oleh FELCRA. Ada di antara mereka telah memiliki motorsikal dan peralatan elektrik di rumah masing-masing.
Dengan kesedaran ibu bapa, anak-anak mereka telah dihantar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Mawai. Kini penduduk kampung berkenaan telah memeluk agama Islam dan terdapat perkahwinan campur dengan masyarakat luar.