Semenanjung Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Semenanjung Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan salah satu bahagian daripada Persekutuan Malaysia. Semenanjung Malaysia terdiri daripada 11 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Pulau Labuan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Negeri negeri tersebut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Semenanjung Malaysia bersempadanan dengan Thailand di bahagian utara dan Singapura di selatan. Manakala di sebelah baratnya, merentasi Selat Melaka ialah pulau Sumatra, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.
Kesemua negeri di Tanah Melayu diketuai oleh sultan atau raja kecuali Wilayah Persekutuan, Melaka dan Pulau Pinang.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |