Kangar
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kangar merupakan ibu negeri Perlis Indera Kayangan dengan jumlah penduduk 48,898 orang (2004) dan di bandar inilah terletaknya pejabat dan jabatan kerajaan yang menjalankan pentadbiran negeri Perlis. Kangar terletak 45 km ke utara Alor Star, ibu negeri Kedah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Kangar
Dari segi sejarah, kemunculan bandar Kangar amat berkait rapat dengan lokasinya yang strategik iaitu merupakan tempat pertemuan peniaga dan saudagar daerah Kayang (Perlis). Bandar ini menjadi tumpuan menjalankan aktiviti jual-beli dan bertukar barangan memandangkan kedudukannya yang membolehkan kapal dan tongkang yang membawa hasil dagangan dapat berlabuh dengan mudah. Bandar Kangar muncul antara pelabuhan yang terdapat di sepanjang Sungai Perlis berfungsi sebagai pelabuhan terpenting ketika itu. Selain daripada itu, Bandar Kangar juga merupakan tempat pertemuan Sungai Abi, Sungai Siran, Sungai Santan, Sungai Ngulang dan Sungai Arau. Justeru itu, ternyata kemunculan Bandar Kangar adalah berlandaskan lokasinya yang strategik menjadi pusat urusniaga barangan atau pelabuhan terpenting pada ketika itu.
Terdapat beberapa teori asal usul nama ‘Kangar’. Antaranya nama ‘Kangar’ dipercayai diambil daripada bunyi sejenis burung ‘Helang Kangor’ yang berterbangan di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, perkataan ‘Kangor’ bertukar menjadi ‘Kangar’ kerana untuk memudahkan ianya disebut. Selain daripada itu juga, teori asal-usul nama ‘Kangar’ ini turut dikaitkan dengan nama sepohon pokok yang tinggi dan rendang yang terdapat di pengkalan (pelabuhan) tempat urusniaga barangan dijalankan pada ketika itu. Pohon tersebut dikenali oleh masyarakat sebagai ‘Pohon Kangar’. Saudagar-saudagar yang berulang-alik ke pengkalan apabila ditanya hendak ke mana, mereka akan menjawab ke pengkalan ‘Pohon Kangar’. Berlandaskan daripada itu, lama-kelamaan ianya kekal dikenali sebagai ‘Kangar’.
Bandar Kangar seluruhnya ditadbirkan oleh Majlis Perbandaran Kangar
[Sunting] Kangar kini
Kini, Kangar terus membangun dan berkembang pesat selaras dengan kemajuan yang sedang melanda negara. Keluasan Bandar Kangar pada tahun 1980 meningkat menjadi 2,619.4 hektar manakala bilangan penduduknya mengikut perkiraan akan terus bertambah menjadi 48,780 orang menjelang 2005. Bandar Kangar kini turut mendapat jolokan sebagai ‘Bandar Sejahtera’. Mukim Sena di kawasan pusat bandar Kangar pula mendapat jolokan ‘Uptown Sena’.
[Sunting] Wakil Rakyat

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut ;
- Kawasan Parlimen P2 Kangar (40,516)
- Bilangan pengundi Melayu:78.05% Cina:18.33% India:2.01% Lain:1.61%
- Dalam keputusan pilihan raya 1999, dimenangi oleh: Tan Sri Hamid Pawanteh (Barisan Nasional) dengan majoriti 4,049 undi
- Dalam keputusan pilihan raya 2004:
- Datuk Radzi Sheikh Ahmad (Barisan Nasional ) Jumlah Undi:22,498 . Beliau telah diisytiharkan menang pilihan raya .
- Ishar Saad (PAS) Jumlah undi yang diperolehi oleh Parti Islam SeMalaysia ialah:9,950
- Majoriti: 12,548 ; Jumlah Undi: 32,996 ; Undi Rosak:548 Peratus Mengundi:81.68%
[Sunting] Pautan luar
Bandar: Arau • Chuping • Kangar • Kuala Perlis • Padang Besar • Sanglang • Wang Kelian