Alor Star
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Alor Star الور ستار |
|
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pembentukan | 1502 |
Naik taraf bandar raya | 2003 |
Datuk bandar | Dato' Abdul Mukhti Bin Abdullah |
Keluasan | |
---|---|
Bandar | 666 km² |
Penduduk | |
Bandar (2005) | 217,368 |
Kepadatan | 590/km² |
Lain-lain | |
Zon masa | MST (UTC+8) |
- Musim panas (DST) | Tidak diperhatikan (UTC) |
|
|
Laman web: http://www.mbas.gov.my/ |
Bandar raya Alor Star merupakan ibu negeri Kedah, Malaysia. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Asal usul
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.
Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003.
[Sunting] Pengangkutan
[Sunting] Jalan Raya
Alor Star mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Star, Alor Star Selatan dan Alor Star Utara.
[Sunting] Bas
Alor Star mempunyai bus hub yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana. Shahab Perdana mempunyai dua terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar.
[Sunting] Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Bandaraya Alor Star.
[Sunting] Pesawat
Alor Star mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur.
[Sunting] Wakil Rakyat
Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut :
- P9 Alor Star (57,313)
- Bilangan pengundi Melayu : 58.38% Cina : 35.98% India: 5.29% Lain: 0.33%
- Datuk Chor Chee Heung Barisan Nasional - MCA ) - Penyandang .Melalui pilihan raya 1999.
- Siti Nor Abdul Hamid ( Keadilan )
- Dalam keputusan pilihan raya 1999 , dimenangi oleh : Datuk Chor Chee Heung Barisan Nasional ) dengan majoriti 14,589
- Datuk Chor Chee Heung Barisan Nasional - MCA ) Jumlah Undi: 28,379menang
- Siti Nor Abdul Hamid ( Keadilan ) Jumlah Undi: 13,864
- Majoriti-diperolehi : 14,515 , Jumlah Undi : 47,071 , Undi Rosak : 828 , % Mengundi : 75.48%
[Sunting] Lihat Juga
[Sunting] Pautan Luar
Kedah Darul Aman | ||
---|---|---|
Daerah: Baling | Bandar Baharu | Kota Setar | Kuala Muda | Kubang Pasu | Kulim | Langkawi | Padang Terap | Pendang | Sik | Yan | ||
Bandar raya: Alor Star | ||
Bandar: Anak Bukit | Baling | Bandar Baharu | Bedong | Bukit Kayu Hitam | Changlun | Guar Chempedak | Gurun | Jeniang | Jitra | Kodiang | Kota Sarang Semut | Kuah | Kuala Kedah | Kuala Nerang | Kulim | Langgar | Lunas | Merbok | Padang Matsirat | Pendang | Pokok Sena | Sik | Sintok | Sungai Petani | Tokai | Yan | ||
Pulau: Pulau Langkawi | Pulau Payar |
Alor Star • George Town • Ipoh • Johor Bahru • Kota Kinabalu • Kuala Lumpur • Kuching • Melaka • Miri • Petaling Jaya • Shah Alam