Kolej Islam Sultan Alam Shah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kolej Islam Sultan Alam Shah |
|
![]() |
|
Lokasi | Klang |
Tahun ditubuhkan | 1955 |
Jenis sekolah | SBP |
Pengetua/Guru Besar terkini | |
Nama rujukan | KISAS |
Kolej Islam Sultan Alam Shah merupkan sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia.
[Sunting] Sejarah
Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.
Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.
Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya dan seterusnya ke Bangi menjadi fakulti Islam U.K.M. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi di tinggalkan di Kelang.
Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.
Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.
[Sunting] Kronologi Penubuhan KISAS
1. 1374H / 1955M
- 8 April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah Baginda sultan.
2. 1386H / 1966M
- Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminyakepada 'Kolej Islam Kelang'. Pad ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.
3. 1387H / 1967M
- Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.
4. 1389H / 1969M
- Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.
5. 1391H / 1971M
- Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.
6. 1392H / 1972M
- Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.
7. 1410H / 1989M
- Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ).