Sekolah berasrama penuh
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Falsafah SBP
Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
[Sunting] Matlamat SBP
- Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
- Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
[Sunting] Senarai Sekolah Berasrama Penuh
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP)
- Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER)
- Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)
- Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
- Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS)
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Sekolah Seri Puteri (SSP)
- Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI)
- Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
- Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR)
- Sekolah Tun Fatimah (STF)
- Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
- Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)
- Sekolah Menengah Sains Selangor
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
- Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)
- Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD)
- Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
- Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
- Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA)[1]
- Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah (MOZAC)
- Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)
- Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)[2]
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SEJIWA)
- Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH)
- Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
- Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
- Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (SEMSAS)
- Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)
- Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)
- Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (TUNNAS)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)
- Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ)
- Sekolah Menengah Sains Miri
- Sekolah Menengah Sains Kuching
- Sekolah Menengah Sains Lahad Datu
- Sekolah Menengah Sains Labuan
- Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing (SMSSI)
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (GIBS)[3]
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan {inteK}
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (InSofT)
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan
[Sunting] Lihat juga
- Maktab Rendah Sains MARA
- Sekolah Menengah Teknik