Konvokesyen
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampain ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara.
Di kebanyakan universiti yang besar di AS, di mana ratusan orang mendapat ijazah sekali gus, biasanya terdapat satu majlis utama (di stadium atau tempat lain) yang diikuti dengan majlis-majlis yang lebih kecil di kampus. Upacara kecil ini dianjurkan oleh setiap fakulti dan merupakan upacara sebenar penganugerahan ijazah. Di tempat-tempat lain, cuma satu majlis diadakan, di satu tempat di kampus, tetapi dibahagikan kepada beberapa sesi di sepanjang hujung minggu. Ada juga universiti yang melangsungkan konvokesyen lebih dari sekali setahun.
[Sunting] Lihat juga
- Encaenia
- Kolej
- Matrikulasi
- Pakaian akademik
- Universiti