Universiti
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Universiti ialah sejenis institusi pendidikan tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan universiti dipinjam daripada bahasa Inggeris (University) yang turut dipetik daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang bermaksud "masyarakat pakar dan pengkaji".
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
[Sunting] "Universiti" terawal
Berkenaan dengan definasi yang disebut, terdapat pertikaian mengenai soalan universiti yang mana adalah yang tertua. Universiti Takshashila[1] mungkin merupakan universiti tertua yang pernah tercatat dalam sejarah. Perkataan bahasa Latin asal universitas yang julung kali digunakan sewaktu kebangkitan minat terhadap tradisi Greek dan Rom Purba, cuba mencerminkan ciri-ciri Akademi Plato ini. Jika kita menganggap universiti itu sebagai institusi pendidikan tinggi semata-mata, maka Shang Hsianglah yang menjadi universiti tertua, yang ditubuhkan sebelum abad ke-21 SM di China menurut legenda. Kemudian Taixue dan Guozijian berfungsi sebagai penubuhan pendidikan tahap tertinggi sementara academies menjadi amat laris sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang mengajar ajaran Confucius dan kesusasteraan Cina antara yang lain. Pilihan bagi universiti tertua biasanya di antara Universiti Constantinople, Universiti Al Karaouine atau Universiti Al-Azhar. Universiti Nalanda yang ditubuhkan di Bihar, India sekitar abad ke-5 SM mengurniakan gelaran ijazah akademik kepada graduannya, serta juga menawarkan kursus pasca siswazah. Sebuah lagi universiti India yang sisa-sisanya ditemui baru-baru ini ialah Universiti Ratnagiri di Orissa. Universiti Al-Azhar yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada abad ke-10, menawarkan beraneka ijazah pasca siswazah, dan sering dianggap sebagai universiti berfungsi penuh yang pertama. Universiti Constantinople yang ditubuhkan pada tahun 849 oleh Bardas, Pemangku Maharaja Michail III, secara amnya dianggap sebagai institusi pendidikan tinggi pertama dengan ciri-ciri yang kita kaitkan dengan universiti zaman sekarang (kajian dan perguruan, pentadbiran sendiri, kebebasan akademik dan sebagainya). BukuRekod Dunia Guinness mengiktiraf University Al Karaouine di Fez, Maghribi sebagai universiti tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun 859.
[Sunting] Institusi awal
[Sunting] China
Di China zaman kuno, terdapat sebilangan institusi pengajian tinggi yang lebih kurang menyerupai 'universiti' dalam konteks moden. Adalah diakui bahawa satu sistem pendidikan telah ditubuhkan di China pada abad ke-21 SM dan sebuah institusi pengajian bernama Shang Hsiang (上庠, Shang bermaksud "tinggi" manakala Hsiang bermaksud "sekolah") ditubuhkan oleh seorang negarawan bernama Shun (kira-kira 2255 SM–2205 SM) pada zaman Youyu. Institusi pengajian tinggi tersebut barangkalinya merupakan leluhur bagi sekolah pusat diraja yang digelar Dongxu pada Dinasti Xia (2205 SM–1766 SM), Youxue pada Dinasti Shang (1766 SM-1046 SM), Dongjiao dan kemudiannya Piyong pada Dinasti Zhou (1046 SM–249 SM), Taixue pada Dinasti Han (202 SM–220 M), dan Guozijian dari Dinasti Sui hingga Dinasti Qing. Universiti Nanjing menjejakkan sejarahnya hingga ke sekolah pusat diraja yang ditubuhkan di Nanjing pada tahun 258 M, maka Universiti Imperial Nanjing menjadi institusi menyeluruh pertama yang terdiri daripada gabungan pendidikan dan kajian dan lima fakulti pada tahun 470. Secara amnya dalam satu-satu dinasti terdapat sebuah sahaja sekolah pusat diraja yang selalunya terletak di ibu negara dan dijadikan institusi pendidikan tertinggi di negara itu. Terdapat juga sekolah-sekolah serantau sejak abad ke-2 SM pada Dinasti Han dan kemudiannya di setiap peringkat negara termasuk wilayah dan daerah. Shuyuan yang muncul pada abad ke-8 ketika Dinasti Tang adalah sejenis institusi pengajian yang lain. Shuyuan amnya adalah milikan swasta, dan ada yang menerima bantuan kerajaan secara kecil-kecilan. Terdapat beribu-ribu Shuyuan yang tercatat dalam sejarah, yang mana darjatnya banyak berbeza antara setiap satu institusi tersebut. Shuyuan yang lebih maju seperti Yuelu Shuyuan dan Bailudong Shuyuan boleh dianggap sebagai institusi pengajian tinggi. Negara-negara lain di Asia Timur seperti Korea, Jepun and Vietnam turut berkongsi sistem pendidikan yang sama, maka Shuyuan juga ditubuhkan di negara-negara tersebut. Negara China kuno banyak bergantung kepada pegawai-pegawai yang berpendidikan tgerutamanya dalam membaca dan menulis bagi mengendali empayarnya, maka peperiksaan diraja dimulakan pada Dinasti Sui (581–618) bagi menilai dan memilih pegawai daripada rakyat jelata.
[Sunting] India
Seawal abad ke-4 SM, tamadun India sudah berbangga dengan penubuhan akademik seperti Takshashila di bahagian timur laut negara tersebut, yang telah melahirkan tokoh-tokoh seperti Panini dan Kautilya. Selain Takshashila kota-kota kuno Nalanda, Vikramshila, dan Kanchipuram di India kuno merupakan pusat pengajian yang amat masyhur di timur, dengan para penuntut dari seluruh benua Asia. Secara terperincinya, Nalanda pernah menjadi pusat pengajian agama Buddha yang masyhur, oleh itu Nalanda pernah menarik beribu-ribu pengaji agama Buddha dari China, Asia Timur, Asia Tengah dan Asia Tenggara, sambil juga menarik pengaji dari Parsi dan Timur Tengah. Ciri-ciri kosmopolitan universiti-universiti India zaman pertengahan turut dibuktikan oleh catatan-catatan luar engara seperti catatan Xuanzang dan I-ching, yang pernah menuntut di India zaman itu. Institusi-institusi ini sama-sama didukung oleh rakyat dan kerabat diraja. Misalnya, Nalanda disokong oleh pemenrintah-pemerintah empayar Gupta dan Harsha manakala Vikramashila berkembang dengan tuntutan ilmu oleh raja-raja Pala. Universiti-unversiti ini juga berfungsi sebagai pusat penyimpanan ilmu yang menyimpan sebilangan amat besar manuskrip daun palma yang menyimpan maklumat pelbagai segi sains dan seni. Antara subjek-subjek yang sering ditawarkan untuk pengajian ialah matematik, tatabahasa dan linguistik (khususnya bahasa Sanskrit), astronomi dan falsafah. Yang menariknya, sungguhpun institusi-institusi sedemikian merupakan penubuhan berteraskan agama Buddha (terutamanya Nalanda dan Vikramashila) pengajian kitab Veda dan Brahman juga tidak kurang pentingnya. Format penyampaian kuliah di Nalanda juga diketahui kerana adanya catatan Xuanzang yang menakjubkan. Yang penting lagi adalah bahawa universiti-universiti India ini memberi contoh sebenar terulung universiti berasrama (khususnya Nalanda). Bagaimanapun institusi-institusi kuno ini tidak layak digelar "universiti" dalam erti kata zaman sekarangnya semata-mata kerana simply institusi-institusi tersebut didak menawarkan 'ijazah' seperti universiti-universiti Eropah.
Pencerobohan Turko-Afghan di samping faktor sosial dan politik yang lain memadamkan institusi-institusi ini daripada latar masyarakat India. Institusi sebegini cuma bermandiri atas nama di dalam istana diraja zaman pertengahan dan tidak pernah berkembang sepertimana Nalanda berkembang. Selalunya 'akademi' diraja ini tumbang apabila tuntutan ilmu oleh kerabat diraja turut lesap. Di tempat-tempat lain pula institusi seakan-akan 'universiti' dikendali pada skala yang terhad kepada kawasan setempat, iaitu dalam matha bagi penganut agama Hindu, itupun makin terhad objektifnya berbanding universiti-universiti awal.
[Sunting] Sejarah moden
Pengakhiran zaman pertengahan menandakan permulaan transformasi universiti-universiti yang kemudiannya membentuk universiti pengkajian moden. Kebanyakan pengaruh luar, seperti zaman-zaman humanisme, Enlightenment, Reformation, dan revolusi, membentuk universiti kajian ketika dalam pembinaan, dan penemuan Dunia Baru pada tahun 1492 turut menambahkan hak asasi manusia dan perundangan antarabangsa pada kurikulum universiti.
Menjelang abad ke-18, universiti menerbitkan jurnal akademik sendiri, dan sekitar abad ke-19, munculnya model universiti Jerman dan Perancis. Model Jerman (atau Humboldt) direka oleh Wilhelm von Humboldt dan berasaskan idea liberal Friedrich Schleiermacher berkenaan kepentingan kebebasan, seminar, dan makmal dalam universiti. Model universiti Perancis pula melibatkan disiplin ketat dan kawalan meliputi setiap aspek dalam universiti.
Universiti banyak menumpu pada sains pada abad ke-19 dan ke-20, lalu mula menjadi lebih mudah dikecapi oleh rakyat jelata selepas tahun 1914. Sehingga abad ke-19, agama memainkan peranan penting dalam kurikulum universiti; namun, peranan agama di universiti pengkajian merosot pada abad ke-19, dan pada akhir abad tersebut, model universiti Jerman disebarkan ke seluruh dunia. Pihak British juga menubuhkan universiti di seluruh dunia, dan pendidikan tinggi makin mudah dicapai rakyat jelata bukan sahaja di Eropah malah juga di luar benua tersebut. Secara ringkasnya, struktur asas dan matlamat universiti telah kekal tanpa banyak berubah selama bertahun-tahun ini.
[Sunting] Pertubuhan
Walaupun setiap pertubuhan diwujudkan dengan pentadbiran dan gaya tersendiri, hampir semua universiti ada satu lembaga amanah, seorang presiden, canselor atau rektor, sekurang-kurangnya seorang naib presiden, maib canselor atau naib rektor, dan dekan-dekan pelbagai bahagian dalam universiti. lazimnya, universiti dibahagi kepada sebilangan jabatan akademik, sekolah atau fakulti. Sistem Universiti awam dtadbir oleh lembaga pendidikan tinggi yang dikawal kerajaan. Lembaga ini mengulas permintaan kewangan dan cadangan belanjawan lalu memperuntukkan dana bagi setiap universiti dalam sistem, serta juga meluluskan program pengajaran baru dan juga membatalkan atau mengubah suai program sedia ada. Tambahan pula, lembaga ini merancang untuk pembangunan berkoordinasi lanjutan dan perkembangan pelbagai institusi pengajian tinggi di dalam negeri atau negara. Bagaimanapun,kebanyakan universiti awam di dunia mempunyai tahap autonomi yang banyak dari segi pengendalian kewangan, kajian dan pedagogi. Universiti swasta pula dibiawai secara persendirian kerana biasanya mempunyai lebih kebebasan daripada dasar negeri.
Biarpun dasar-dasar berbeza, atau standard budaya dan ekonomi yang terdapat di lokasi berlainan boleh mengakibatkan ketidaksamaan yang besar antara universiti seluruh dunia dan juga dalam satu-saut negara, universiti ini lazimnya merupakan antara penyumbang kajian dan latihan tahap tinggi utama dalam setiap masyarakat. Kebanyakan universiti bukan sahaja menawarkan kursus bagi mata pelajaran yang terdiri daripada sains semulajadi, kejuruteraan, seni bina, perubatan, pentadbiran sukan, sains sosial, perundangan, kemanusiaan dan sebagainya, universiti juga menawarkan pelbagai kemudahan kepada para penuntutnya, termasuk pelbagai tempat makan, bank, kedai buku, kedai salin cetak, dan pusat pencarian pekerjaan. Tambahan pula, kebanyakan universiti utama di dunia memiliki kemudahan sendiri seperti berikut: perpustakaan, pusat sukan, restoran, persatuan penuntut, kebun botani, observatori astronomi, hospital dan klinik, makmal komputer, makmal kajian, inkubator niaga dan sebagainya.
[Sunting] Rujukan
- ↑ Hartmut Scharfe(2002). Education in Ancient India. Brill Academic Publishers. ISBN 90-04-12556-6.
[Sunting] Lihat juga
- pendidikan Malaysia.
- Senarai universiti mengikut negara
- UPU
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Universiti awam Malaysia
- Universiti swasta Malaysia
- Politeknik di Malaysia
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |