Kumpulan Search
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan Search merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-
SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-
- Yazit (pemain drum)
- Hillary Ang (gitar)
- Nasir (bass)
- Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).
[Sunting] Sejarah
Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Amy, seorang "piano tuner" telah diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.
Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudiannya telah meninggalkan kumpulan SEARCH dan tempat mereka telah digantikan oleh Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas Kumpulan Lefthanded.
Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan image artis berambut panjang dan pakaian yang menjolok mata telah menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul dikaca TV.
Kumpulan SEARCH telah menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini telah menjadi salah satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.
Man Kidal dan Yan kemudiannya telah meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan oleh Hillary dan Nasir. Search kemudiannya menghasilkan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.
Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary kemudiannya telah meninggalkan Search, digantikan oleh Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.
Perancangan yang rapi oleh pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-SEARCH menjadikan kumpulan SEARCH begitu popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Kumpulan SEARCH juga telah bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama WINGS) dalam album Double Trouble yang diterbitkan oleh M.Nasir.
Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan oleh Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded sekali lagi. Tempatnya digantikan oleh Nasir
Fauzi kemudiannya menyertai Search sebagai bass, dan tidak lama kemudian Amy telah menarik diri. Search kemudiannya bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "SEARCH, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam)
SEARCH generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama SEARCH telah dibekukan dan untuk meneruskan legasi SEARCH, sebuah kumpulan baru Rampage telah ditubuhkan.
Pembekuan SEARCH merupakan satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, SEARCH merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana sesebuah rock band patut wujud.
Setelah hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy,Kid,Din dan Nasir telah bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang telah menantikan aksi mereka setelah sekian lama.Namu barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi telah digantikan oleh Lola yang pernah bermain untuk Kumpulan XPDC dan Lefthanded.
Sejurus selepas penggabungan semula itu, SEARCH berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya setelah 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman.
Pada 2006, akibat krisis dalaman yang melanda, Din dan Kid telah disingkirkan dari kumpulan ini. Tempat mereka telah digantikan kembali oleh Hillary yang merupakan antara pengasas kumpulan SEARCH. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka telah berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit. Album ini mendapat bantahan ramai peminat-peminat fanatik SEARCH kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, SEARCH melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang.
Sempena 25 tahun SEARCH di dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulangtahun ke 25 mereka dengan kumpulan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Setelah 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin,JB. Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan SEARCH terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun ketika saat akhir persiapan konsert sedang dijalankan, SEARCH telah bertindak menarik diri dari menjayakan konsert tersebut. Penarikan diri ini dilakukan kerana pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd telah gagal memenuhi beberapa specifikasi SEARCH yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat sedangkan SEARCH hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat mereka. Disebabkan SEARCH tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert-konsert biasa lain seperti Jom Heboh, SEARCH sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan oleh Tiga Event (anak syarikat TV3).
[Sunting] Album
- Album pertama "CINTA BUATAN MALAYSIA" - 1985
- Album kedua "LANGIT DAN BUMI" - 1986
- Album ketiga "Mentari Merah Diufuk Timur" - 1987
- Album kompilasi "Berpaling"
- Album kompilasi "DI PINTU SEPI" -1988
- "FENOMENA" - 1989
- "KARISMA" - 1990
- "SEARCH SEPULUH TAHUN"1991
- "RAMPAGE" - 1992
- "Double Trouble" gabungan dengan kumpulan Wings1992
- "SEARCH TERBAIK"1994
- "GEMA DI TIMUR JAUH" - 1995
- SEARCH "Unplugged" - 1995
- "SEARCH,ROCK N ROLL PIE" - 1997
- "SEARCH ROCK N ROLL PIE, LIVE N LOUD"1997
- "Double Trouble 2" gabungan dengan kumpulan Wings1998
- "SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah" - 1999
- "SEARCH, SELEPAS BANJIR"2000
- "EMPIRE GARDEN" (Lost Album, tidak diedarkan, 2003)
- "GOTHIK MALAM EDAN" 2006
[Sunting] Lagu-lagu
- Balada Pemuzik Jalanan
- Cinta buatan Malaysia
- Cinta Pertama
- Cinta Sepi
- Isi atau kulit
- Jiwa-Jiwa Luka
- Kejora
- Musafir
- Nombor
- Sirih Gambir.
- Bisa
- Kau Pergi
- Langit Dan Bumi
- Mencari Sebuah Nama
- Meniti Titian Usang
- Musnah
- Pada Satu Kedudukan
- Pasti
- Rozana
- Tumbuk Rusuk
- Pelesit Kota
- Fantasia Bulan Madu
- Gelora Cintaku
- Gadisku
- Bunga Pesona
- Pembakar Perasaan
- Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
- Serigala Segalanya
- Mat Rock
- Mentari Merak Di Ufuk Timur
- Di Pintu Sepi
- Kepala Angin
- Gadis Ayu
- Setelah Hujan.
- Berpaling
- Mungkinkah Tertawa
- Kau Akan Tahu
- Bencana
- Derap Komando
- Fenomena
- Gadis Misteri
- Isabella
- Ku Taklukkan Dunia
- Menara Kesesatan
- Pawana
- Songsang
- Purnama.
- Dunia Milik Kita
- Emanuelle
- Manusia Reptilia
- Melastik Ke Bintang
- Melayar Bahtera
- Memandu Nafsu
- Orait Mama
- Orang Timur
- Paranoid
- Sutera Atau Rayon
- Teguh.
- Cinta Kita
- Manusia Oh Manusia
- Malam
- Mencari.
- Analogi 0.1
- Asli Dan Tulus
- Berbagai Wajah
- Bertopeng Cinta
- Feel The Pain
- Metropolitan
- Neo Romantik
- Nigina
- Nirmala
- Sederhana.
- Gemuruh
- Akhirnya
- Nazar
- Cakap Memang Murah
- Seribu Satu Natijah
- Ikutkan Saja.
- Andai Ku Miliki Semalam
- Bersalah Atau Tidak
- Cintaku Hilang Bisanya
- Hello Kawan
- Honky Tong Kosong
- Jeritan Rindu
- Laila Namu Teratas
- Menuju Puncak
- No Way!!!
- Pinball Superhero
- Roket.
- Panggung Khayalan
- Mengundur Waktu
- Rock’n’RollPie
- Kereta Merah
- Dairi Habil & Qabil
- Seroja
- Nantikan Gerimis
- Mata Kucing
- Satu Bangsa,Satu Arah
- Melintasi Batas.