Lebuh raya Kajang SILK
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lebuh raya Kajang Silk
Semua lebuh raya di Malaysia diawasi dan dikendalikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya. LLM dan JKR di bawah Kementerian Kerja Raya.
Lebuh raya Kajang Silk ini meliputi Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua. Lebuh raya ini dikenali dengan nama Lebuh raya Kajang SILK . Panjangnya 37 kilometer . Lebuh raya ini dikemukakan kepada kerajaan pusat dalam setelah mengambil Laporan Pelan Struktur Bandar Kajang dan Bangi pada tahun 1990.
[Sunting] = Latarbelakang
Lebuh raya Kajang SILK dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di Kajang , Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua yang teruk antara tahun 1990 - 2000 . Selain membantu mengatasi masalah kesesakan lalulintas, ianya mempermudahkan laluan ke Putrajaya, Cheras, Semenyih, Sungai Long dan Bangi. Di samping itu juga, ia berupaya membawa potensi pembangunan yang pesat di sepanjang koridor Lebuhraya Kajang SILK.
Lebuhraya Kajang SILK (E18) menghubungkan antara lebuhraya-lebuhraya utama:
- Lebuhraya KL-Seremban
- Lebuhraya Sungai Besi
- Lebuhraya Cheras-Kajang
- Lebuhraya Kajang-Seremban (masih dalam pembinaan)
- Lebuh raya cadangan Lebuh raya Lembah Klang Selatan
Lebuh raya ini dapat mengurangkan masa perjalanan di antara bahagian Utara dan Selatan Kajang.
Cara pemanduan bertambah lancar dan cekap antara Kajang dari Kuala Lumpur, Cheras, Sungai Long dan Balakong, selain itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Semenyih, Bangi dan Seremban.
[Sunting] Fakta Teknikal
- 1. Lampu jalan di keseluruhan jajaran
- 2. 11 persimpangan bertingkat
- 3. Sistem bayaran elektronik Touch ‘n Go dan SmartTag
- 4. Sistem kawalan trafik dan paparan maklumat berkomputer
- 5. Rondaan 24 jam oleh pasukan SILK Ronda
- 6. Bantuan kerosakan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna
[Sunting] =Plaza Tol
- 1. Plaza Tol Sungai Balak
- 2. Plaza Tol Sungai Ramal
- 3. Plaza Tol Bukit Kajang
- 4. Plaza Tol Sungai Long
[Sunting] Persimpangan Bertingkat
- 1. Persimpangan Bertingkat Balakong (Exit 1801)
- 2. Persimpangan Bertingkat Sungai Long (Exit 1803)
- 3. Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana (Exit 1804)
- 4. Persimpangan Bertingkat Kajang Prima] (Exit 1805)
- 5. Persimpangan Bertingkat Jalan Reko (Exit 1806)
- 6. Persimpangan Bertingkat Sungai Ramal (Exit 1807)
- 7. Persimpangan Bertingkat Country Heights (Exit 1808)
- 8. Persimpangan Bertingkat Uniten (Exit 1809)
- 9. Persimpangan Bertingkat UPM (Exit 1810)
- 10. Persimpangan Bertingkat Sungai Balak (Exit 1811)
- 11. Persimpangan Bertingkat Sungai Chua (Exit 1812)
Lebuh raya ini beroperasi sepenuhnya pada 15 Jun 2005
3 daripada 4 buah Plaza Tol dan sebahagian besar jajaran Lebuhraya Kajang SILK telah dibuka kepada lalulintas dan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Y.B. Dato’ Seri S Samy Vellu pada 15 Jun 2004.
Manakala baki jajaran bermula daripada Persimpangan Bertingkat Sungai Long ke Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana telah di buka kepada lalulintas pada 17 Disember 2004. Kini Lebuhraya Kajang SILK telah beroperasi sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Kajang.