Lekir
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Lekir terletak dalam daerah Manjong, negeri Perak, Malaysia.
- Di Utara terdapat satu projek swasta iaitu ladang Mara.
- Di Selatan teletaknya Projek Jabatan Pertanian Lekir.
- Di Timur ialah Projek Seberang Perak .
- Di Baratnya ialah pekebun-pekebun kecil perseorangan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Cara ke sana
- Jika anda dari Teluk Intan , tuju ke arah Hutan Melintang. Di Batu 5, ada jambatan Batu 5 , belok ke kanan dan melalui Lebuh raya Kayan - Lumut , anda akan temui pekan Lekir.
- Jika anda dari Lumut, anda hendaklah menuju ke Sitiawan dan ke Teluk Intan melalui Lebih raya Kayan.
- Dari Kampung Gajah, melalui jalan tepi Sungai Perak.
[Sunting] Jarak
8 km dari Sitiawan 6 km dari pekan Kampung koh 15 km dari pekan Lumut / Ayer Tawar 80 km dari Ipoh, Perak
[Sunting] Felcra Gugusan Lekir
1972 Felcra Gugusan Lekir mula diterokai oleh Felcra (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) dibawah akta GSA @ Akta Penempatan Berkelompok. Projek Felcra Lekir I dan II merupakan status rancangan tanah belia (Belia dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun).
- 1973 Pengambilan peserta projek Lekir I bermula .
- 1992 pengambilan peserta untuk Projek Lekir II .
[Sunting] Penduduk
Peserta diambil dari belia seluruh negeri Perak. 99 % Melayu dan hanya 1 orang India.
[Sunting] Ekonomi
- Tanaman kontan (tanaman keladi, pisang, limau kasturi).
- kedai runcit, kedai makanan/minuman, bengkel membaiki motosikal/basikal, perusahaan membuat ais krim.
- Ternakan lembu, kambing dan kerbau.
- Ternakan air (ikan air tawar).
[Sunting] Masjid di Lekir
- Masjid Az-zakiah Kampung Tanjung Kepah Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Ikramiah Kampung Kayan, Lekir 32030 Sitiawan Perak
- Masjid Al Khairiah Batu 10 Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Khairiah batu 14 Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Al-Nabawiah Felcra Gugusan Lekir 32000 Sitiawan Perak
- Masjid Al-rahmaniah batu 8 Lekir 32020 Sitiawan Perak