Minggu Emas
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Minggu Emas (Golden Week, ゴールデンウィーク) merupakan kekata Jepun untuk hari cuti umum yang bermula dari 29 April ke 5 Mei:
- 29 April, Hari Kehijauan (みどりの日)
- 3 Mei, Hari Peringatan Perlembagaan (憲法記念日),
- 4 Mei, Hari Cuti Bank (sejak 1985)
- 5 Mei, Hari Kanak-Kanak (子供の日 Kodomo no hi), juga dikenali sebagai Hari Kanak-Kanak Lelaki (端午の節句 Tango no Sekku)
- Nota: Hari Kanak-Kanak Perempuan (Hinamatsuri) jatuh pada 3 Mac
Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei bukan hari cuti di Jepun, tetapi kebanyakan syarikat Jepun memberi cuti kepada pekerja mereka untuk berehat pada hari itu.
Perkataan "Golden Week" direka oleh pengendali panggung wayang pada awal tahun 50an apabila dicipta undang-undang baru yang menambah bilangan hari cuti; dan disebabkan ini, bilangan mereka yang menonton wayang di panggung meningkat. Pada masa itu, 29 April merupakan hari cuti umum bagi merayakan hari lahir Maharaja Showa, tetapi setelah kematiannya pada 1989, hari cuti itu diubah namanya supaya permulaan Golden Week kekal pada 29 April.
Ramai rakyat Jepun mengambil cuti sempena Golden Week. Minggu Emas memberi mereka jangka masa yang panjang untuk melancong. Penerbangan, kereta api dan hotel sering ditempah hingga penuh walaupun harga mereka lebih tinggi pada minggu ini.
Lihat juga: Perayaan Jepun