Mohd Noor bin Mahmood
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mohd Noor bin Mahmood atau Pak Su Noor mula belajar Silat Terlak Empat sejak berumur 11 tahun di bawah Cikgu Mat Yazid, bekas penghulu Kampung Pangkal Kalong. Beliau seterusnya belajar Silat Tari atau Silat Bunga dengan Abang Hassan. Beliau juga tidak ketinggalan mempelajari Tomoi Siam dari Dollah Haji Hitam, Mat Nara dan Dollah Jambu di Tumpat, Kelantan.
Selepas itu, beliau mempelajari Silat Tok Belebat atau kini dikenali sebagai Silat Tok Perpat Panglima Hitam di Bukit Besi, Terengganu, selama dua tahun. Pak Su Noor juga berpeluang mempelajari Silat Cimande serta kebatinan di Indonesia daripada Hadi Saputera.