Silat Terlak Empat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Silat Terlak Empat adalah nama sejenis silat. Bentuk silat ini telah dibawa ke Kelantan oleh Abu Tamam bin Indera Muda dari Kampung Terlak, Minangkabau, Sumatera Barat. Allahyarham berhijrah dari negara asal ke Brunei dan berakhir di Kg Laut / Sg. Pinang, Kelantan. Allahyarham meninggalkan 2 orang anak di Kelantan:
- Allahyarham Alimuda bin Abu Tamam / Isteri: Allahyarhamah Salbiah bte Hj. Akib (meninggal di Kota Bharu), dan;
- Pn Hasnah bte Abu Tamam, yang kini berada di Trengganu.
Beliau telah menurunkan silat ini kepada Harun bin Daud yang berasal dari Kampung Puteh, Kelantan. Harun telah mewariskan silat ini kepada Haji Ismail bin Yusof yang dikenali sebagai Pak Mail Ayer Lanas dan Mohamad Yusof yang dikenali sebagai Pak Mat Ayer Puteh.
Silat ini kemudiannya dipimpin oleh Mohd Noor bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai Pak Su Noor. Perguruan silat ini telah didaftarkan pada tahun 1977 dan diberi nama Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat sempena nama kampung Pendekar Abu Tamam.