Mohd Zin Mohamed
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed (Lahir 28 Mac 1954), merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya & Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1977 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Bradley University, Peoria, Amerika Syarikat pada 1980 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.
Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya Shah Alam (MPSA).
[Sunting] Politik
Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Seksyen 8, Shah Alam pada 1986-1993 dan kemudiannya menjadi Ketua Pemuda UMNO Shah Alam pada 1989-1994. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari Pemuda UMNO Selangor serta Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Mohd. Zin juga pernah menjadi Setiausaha, Jawatankuasa Petugas MT UMNO Bagi Menangani Fitnah selain ahli Panel Peguam Majlis Tertinggi UMNO. Pada 2001, beliau dipilih semula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Pada 2003 beliau dilantik sebagai Ketua Penaja, UMNO Bahagian Kota Raja dan kemudiannya Ketua Penaja UMNO Bahagian Sepang ekoran peletakan jawatan Datuk Mohd. Sharif Jajang.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Zin berjaya menewaskan calon Pas, Mohamed Makki Ahmad bagi kawasan Parlimen Sepang dengan majoriti 18,837 undi.
[Sunting] Jawatan
Beliau bukan baru dalam bidang politik malah sebelum ini Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dikenali ramai sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BBC) sejak 2002 hingga Mac 2004.
Bekas jurutera yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2004-2007
[Sunting] Keluarga
Mohd. Zin berkahwin dengan Datin Azlina Ahmad dan dikurniakan lima anak, Irwan Arif, Shahree, Zubir, Shafiq dan Aishah.