Monarki mutlak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Monarki Mutlak merupakan bentuk kerajaan yang unggul, di mana seseorang Raja itu mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negaranya. Berbeza dengan sistem raja berperlembagaan dimana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan ini memainkan peranan kurang penting di dalam kerajaan monarki mutlak. Malah di sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Brunei, raja juga akan memegang jawatan Perdana Menteri.
[Sunting] Senarai Negara-Negara Monarki Mutlak
Dalam zaman moden ini hanya terdapat tiga monarki mutlak iaitu di Arab Saudi, Brunei dan Swaziland:
- Arab Saudi (Raja Abdullah ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud)
- Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah )
- Swaziland (Raja Mswati III)
Di Jordan dan Maghribi, rajanya mempunyai banyak kuasa tetapi tidak boleh dianggap sebagai monarki yang mutlak. Manakala di Liechtenstein, hampir dua-pertiga penduduknya yang berhak mengundi telah memberikan kuasa pembatal (veto) kepada ketua negaranya Putera Hans-Adam II.
[Sunting] Lihat juga
- raja berperlembagaan
- diktator