Musa Aman
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Datuk Seri Musa bin Haji Aman (Lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Paul, Beaufort dan Secondary Sabah College, Kota Kinabalu kemudian di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Edith Cowen, Australia.
[Sunting] Kerjaya
Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.
[Sunting] Politik
Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991. Kemudian pada 16 Mac 1992 beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. pada 20 Mac 1999 beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001 beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003 beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-13 (iaitu yang ketujuh dan terakhir dalam sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri).
[Sunting] Keluarga
Beliau Berkahwin dengan Datin Faridah binti Tussin dan dikurniakan 4 orang anak.