Kota Kinabalu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kota Kinabalu كوت كينبالو |
|
Nama ringkas: "KK" | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Penubuhan | Menerima taraf bandaraya pada 2 Februrari 2000 |
Datuk Bandar | Datuk Illiyas Ibrahim |
Keluasan | |
---|---|
Bandar | km² |
Penduduk | |
Bandar (2000) | 457,326 |
Kaw. metropolitan | 900,000 (anggaran) |
Lain-lain | |
Zon masa | MST (UTC+8) |
Laman web: http://www.dbkk.gov.my |
Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.
Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Sehingga banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang.
[Sunting] Sejarah
Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.
Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.
[Sunting] Tempat-tempat menarik
- Pasar Tamu Dongonggon (pasar mingguan)
- Menara Tun Mustapha (menempatkan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sabah)
- Muzium Negeri Sabah
- Masjid Negeri Sabah
- Pantai Tanjung Aru
- Karambunai Resort
- Sutera Harbour Resort
- Padang Merdeka Kota Kinabalu
- Menara Jam Atkinson
- Taman Zoologi
- Muzium Tamadun Islam
- Tinggalan Rumah Besar Kinarut
[Sunting] Pautan luar
Bahagian: Pantai Barat • Kudat • Sandakan • Tawau • Pedalaman
Bandar raya: Kota Kinabalu
Bandar: Beaufort • Beluran • Bongawan • Inanam • Kalabakan • Keningau • Kimanis • Kinabatangan • Kuala Penyu • Kota Belud • Kota Marudu • Kudat • Kunak • Kundasang • Lahad Datu • Long Pasia • Membakut • Nabawan • Papar • Penampang • Pensiangan Pitas • Putatan • Ranau • Sandakan • Semporna • Sepanggar • Sindumin • Sipitang • Tambunan • Tamparuli • Tawau • Tenom • Tomanggong • Tuaran
Pulau: Pulau Balambangan • Pulau Banggi • Pulau Gaya • Pulau Jambongan • Pulau Kapalai • Pulau Lankayan • Pulau Layang Layang • Pulau Libaran • Pulau Ligitan • Pulau Mabul • Pulau Malawali • Pulau Sebatik • Pulau Selingan • Pulau Sipadan • Pulau Tabawan • Pulau Tiga
Alor Star •
George Town •
Ipoh •
Johor Bahru •
Kota Kinabalu •
Kuala Lumpur •
Kuching •
Melaka •
Miri •
Petaling Jaya •
Shah Alam