Wikipedia:Nyatakan sumber rujukan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, isi kandungannya adalah mengenai fakta. Ini bermakna sebarang pernyataan dalam wikipedia seharusnya mempunyai sumber rujukan yang absah.
Pernyataan yang tidak mempunyai sumber rujukan adalah sesuatu yang kebenarannya diragu-ragukan. Ia adalah sesuatu yang mudah tercabar, dan lebih buruk lagi barangkali ia merupakan pernyataan yang palsu, yang bisa memudaratkan pembaca. Dengan kebanyakan rencana-rencana yang tidak mempunyai sumber rujukan, maka ia akan menjadikan wikipedia satu ensiklopedia yang tidak boleh diharap.
[Sunting] Sumber Rujukan yang Sah
Sumber rujukan merupakan tempat datangnya sesuatu pengetahuan. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan, tetapi bukan semuanya boleh dianggap sebagai sumber rujukan yang sah; yakni sah untuk diyakini. Pada umumnya sumber rujukan yang sah adalah seperti berikut:
- Buku yang diterbitkan oleh penerbit yang ternama.
Buku-buku bawah tanah adalah tidak termasuk ke dalam senarai ini. - Surat Khabar yang menikmati reputasi yang tinggi.
Majalah gosip seharusnya tidak dijadikan sumber rujukan. - Ensiklopedia Utama
Contohnya adalah seperti ensiklopedia Britanica. - Journal
Journal adalah sejenis majalah yang memuatkan hasil kajian akademik. Dalam menggunakan maklumat dalam journal, anda seharusnya membuat pertimbangan terlebih dahulu, kerana bukan semua hasil kajian adalah menepati kebenaran. - Laman Web Rasmi
Sekirannya anda sedang menulis tentang sesuatu institusi, maka rujuk laman web rasmi mereka terlebih dahulu.
[Sunting] Wikipedia Bahasa Asing sebagai Sumber Rujukan
Pada peringkat permulaan, wikipedia bahasa Melayu akan menerima wikipedia bahasa asing sebagai sumber rujukan yang sah.