Oslo
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Oslo (nama-nama lama Christiania(1624-1878) dan Kristiania (1878-1924) adalah ibu negara Norway dan ianya merupakan bandar yang terbesar di negara itu dengan penduduk seramai 548,617 (perangkaan Januari 1, 2007)[1]. Ia terletak di koordinat 59°56' U,10°45' T di bahagian selatan Norway di utara Fjord Oslo. Kawasan metropolitan Oslo yang juga dikenali sebagai kawasan Oslo Besar (Stor-Osloregionen) meliputi kawasan-kawasan seluas 6 920 km² [1] di sekeliling bandar dan ia mempunyai anggaran 1,121,020 penduduk (2005). Dianggarkan 22% dari penduduk Oslo terdiri dari pendatang luar. Diantara keluasan Oslo 115 km² adalah kawasan terbina dan 7 km2 adalah kawasan pertanian. Kawasan lapang di dalam kawasan terbina ialah seluas 22 km².
Oslo pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1952.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Ekonomi
Oslo adalah pusat penting bagi pengetahuan pelayaran di Eropah dan adalah tapak kepada lebih-kurang 980 syarikat termasuk syarikat-syarikat perkapalan yang terbesar di dunia, ejen kapal dan insurans. [2] Det Norske Veritas, yang terletak di Høvik di luar Oslo, adalah salah satu dari tiga persatuan pengelasan yang utama di duna dengan mempunyai 16.5% daripada kapal-kapal di dunia di dalam daftarnya. [3]. Pelabuhannya adalah pelabuhan pengangkutan kargo yang terbesar di Norway dan adalah juga pintu masuk utama bagi penumpang-penumpang. Setiap tahun hampir 6000 kapal berlabuh di Pelabuhan Oslo yang membawa jumlah kargo seberat 6 juta ton dan lebih dari 5 juta penumpang.
Kawasan metropolitan Oslo menyumbangkan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) NOK268.047 billion (€33.876 billion) pada tahun 2003, 17% dari GDP negara, memjadikannya salah satu kawasan yang mempunyai GDP yang tertinggi di Eropah. [4]
Oslo adalah antara bandar yang mempunyai kos penghidupan yang tertinggi di dunia mengikut kajian-kajian kos penghidupan sedunia oleh Mercer Human Resource Consulting [5] dan Economist Intelligence Unit.[6] Pendapatan dan juga cukai pendapatan adalah antara yang tertinggi di dunia.
[Sunting] Pengangkutan
Udara
- Lapangan terbang Oslo, Gardermoen dengan kemudahan keretapi laju (Flytoget)
- Lapangan terbang Sandefjord, Torp (di provinsi Vestfold lebih kurang 2 jam dari bandar)
Laut
Terdapat hubungan feri harian ke Kiel (Germany), Copenhagen (Denmark), Frederikshavn (Denmark) dan Nesodden.
Keretapi
Oslo Sentralstasjon adalah stesen keretapi utama di Oslo. Dari sana terdapat hubungan mengarah ke Trondheim, Bergen, Stavanger, Stockholm (Sweden), Gothenburg (Sweden) dan Copenhagen (Denmark). Perkhidmatan keretapi Norway adalah amat tepat masa. Pada musim sejuk keadaan cuaca seperti salji dan ribut boleh menyebabkan kelewatan dan juga pembatalan perkhidmatan yang melintasi kawasan pergunungan di tengah Norway.
[Sunting] Pengangkutan awam
Sistem pengangkutan awam, metro, tram, bas dan feri, Oslo dikendalikan oleh syarikat kepunyaan perbandaran Oslo Sporveier. Terdapat juga keretapi yang dikendalikan oleh syarikat kepunyaan kerajaan, Norges statsbaner. Semua pengangkutan awam menggunakan sistem tiket yang sama. Sistem tiket ini membenarkan pengguna yang mempunyai tiket biasa bertukar pengangkutan untuk perjalanan di dalam bandar tanpa bayaran lebih dalam masa 1 jam. Pada tahun 2004, sebanyak 160 juta perjalanan telah dibuat dengan menggunakan pengangkutan awam, dimana 85% daripada itu telah dikendalikan oleh anak-anak syarikat Oslo Sporveier dan 15% oleh syarikat-syarikat bas dan feri persendirian dibawah kontrak.[7]
Sistem tram, Oslotrikken, mengandungi 6 laluan yang silang-menyilang di dalam bandar dan berlanjut ke kawasan-kawasan subbandar. Sistem metro yang dikenali dengan nama T-bane, mempunyai 6 laluan yang menghubungi subbandar di timur dan barat. Keenam-enam laluan ini bertemu di terowong bawah tanah di tengah bandar Oslo.
Sebuah laluan gelung separuh bawah tanah telah dibuka pada Ogos 2006 yang menghubungi Ullevål di barat laut dan Carl Berners plass di timur. Pembukaan stesen Sinsen pada Ogos 2006 menandakan penyiapan laluan gelung yang menyambung dua stesen-stesen baru Nydalen dan Storo yang telah beroperasi selama dua tahun. Sistem tiket RFID dengan halangan lawang putar otomatik akan digunakan.
[Sunting] Tarikan Pelancong
- Kubu Akershus
- Muzium Negara Norway
- Dewan Bandar (tempat majlis penyampaian Nobel Peace Prize)
- Holmenkollen
- Muzium Kon-Tiki
- Muzium Munch
- Istana Raja Oslo
- Taman Vigeland
- Muzium Kapal Viking
[Sunting] Institut pengajian tinggi
- Universiti Oslo (Universitetet i Oslo)
- Universiti Kolej Oslo (Høgskolen i Oslo)
- Universiti Pentadbiran Perniagaan (Handelshøyskolen BI)
- Universiti Teknologi Informasi Norway (Norges Informasjonsteknologiske Høyskole)
- Universiti Senibina dan Senireka Oslo (Arkitektur- og designhøgskolen i Oslo)
- Universiti Sukan dan Pendidikan Fisikal Norway (Norges idrettshøgskole)[8]
- Akademi Muzik Norway (Norges musikkhøgskole)
- Universiti Teologi Lutheran Norway (Det teologiske Menighetsfakultet - MF)
- Akademi Kebangsaan Sastera Oslo (Kunsthøgskolen i Oslo KHIO)[9]
- Akademi Tentera Norway (Krigsskolen)
- Universiti Sains Veterinari Norway (Norges Veterinærhøgskole)[10]
Kini terdapat di Oslo sahaja lebih dari 50 sekolah, kolej dan universiti.
[Sunting] Rujukan
- ↑ http://www.ssb.no/folkemengde_en/tab-2007-02-22-05-en.html
- ↑ http://81.93.161.140/archive/download_eng/01/01/Marit002.pdf
- ↑ http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_2005/thisis_dnv/index.asp
- ↑ http://www.ssb.no/english/subjects/09/01/fnr_en/
- ↑ http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml/dynamic/idContent/1142150
- ↑ http://news.bbc.co.uk/2/hi/in_depth/4669400.stm
- ↑ http://www.sporveien.no/upload/Dokumentvedlegg/facts_2005.pdf
- ↑ http://www.nih.no/
- ↑ http://www.khio.no/
- ↑ http://www.veths.no/