Penderaan seksual kanak-kanak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.
Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :
- Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
- Menyentuh bahagian sulit.
- Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
- Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
- Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
- Membuat panggilan telefon lucah,
- Merogol.
- Melakukan seks oral.
- Meliwat.
- Melacurkan.
- Mengintai.
- Mencium.
- Mengusap.
- Mempamerkan aksi lucah.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Apa yang perlu dibuat apabila mereka mula memberitahu?
Bertenang
- Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan. Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.
Tegas
- Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera. Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka. Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya
- Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan.
Sokongan
- Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.
Laporkan kes penderaan
- Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.
[Sunting] Talian bantuan Malaysia
Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :-
- Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
- Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342
- All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
- TELEDERA 1-800-883040
- BEFRIENDERS 03-7956 8144
- P.S. The Children 03-74931303
- Pusat Kebahagiaan Wanita Dan Remaja (KEWAJA) 03-61857736, 013-3384868 - 24 Jam
- Kem Modal Insan KEWAJA menyediakan kursus, latihan dan pemulihan untuk gadis dan wanita bermasalah akibat aktiviti seksual tidak bermoral. Tel: 03-40254755 013-2696158 - 24 Jam
[Sunting] Talian bantuan Indonesia
[Sunting] Talian bantuan Singapura
- Child Protection and Welfare Services. Telefon: 1800-2586378
[Sunting] Talian bantuan Brunei
Talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Brunei adalah Jabatan Hal Ehwal Masyarakat melalui talian hotline:-
- 233 8700
- 233 9773
- 234 5050