Penjara Pudu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina oleh kerajaan jajahan British pada 1891 untuk mengurung 600 banduan.
Blok-blok baru ditambah kemudian sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.