Wikipedia:Pengguna aktif
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pengguna aktif merujuk kepada pengguna Wikipedia ataupun ahli Wikipedia yang turut melibatkan diri dalam memajukan Wikipedia. Mereka ini dianggap sukarelawan yang menginginkan kemajuan Wikipedia. Pengguna aktif merupakan pengerak yang penting dalam Wikipedia. Ambil perhatian bahawa hanya penyelia boleh menanugerahkan status ini, dan ia lazimnya dilihat sebagai satu langkah ke arah (tetapi tidak semestinya) menjawat jawatan penyelia.
[Sunting] Tingkah laku yang mencerminkan pengguna aktif
- Sentiasa menulis rencana untuk Wikipedia, terutama dalam membantu rencana bulanan yang dipilih untuk pembaikian bersama ke arah rencana piawai.
- Lazim memulihkan rencana yang dirosakkan oleh anasir laku musnah atau vandalisme jika penyelia. Jika bukan penyelia, membantu para penyelia ke arah menjaga Wikipedia supaya bebas daripada ancaman pelaku musnah seperti melaporkannya dll.
- Sanggup melibatkan diri dalam perbincangan mengenai perkembangan Wikipedia dan mencadangkan apa yang difikirkan baik secara bersama demi kemajuan keseluruhan Wikipedia sebagai satu himpunan ilmu bagi seluruh umat manusia.
- Sentiasa mematuhi dan menegakkan polisi dan garis panduan sebagai teras pembangunan Wikipedia tanpa rasa takut atau berat sebelah.
[Sunting] Senarai pengguna aktif
- Polar dianugerahkan pada 27 Februari 2006 oleh PM Poon
- Master2841 dianugerahkan pada 27 Februari 2006 oleh PM Poon
- Che090572 diangerahkan pada 10 Jun 2006 oleh Ychmatematik
- Alistair dianugerahkan pada 13 Jun 2006 oleh Ychmatematik
- Didie dianugerahkan pada 13 Jun 2006 oleh Ychmatematik