Perisian bebas
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengenalan
Syarikat perisian komputer memonopoli pasaran perisian komputer dan mengenakan harga yang tinggi terharap perisian yang mereka jual. Selain itu kaedah perlesenannya juga amat terhad dimana setiap perisian yang dibeli hanya boleh dipasang di dalam satu komputer. Pengguna tidak memiliki perisian tersebut selepas dibeli. Mereka hanya mempunyai hak untuk menggunakan perisian tersebut dalam satu komputer sahaja. Selain itu apa-apa penambahan terhadap perisian adalah tidak dibenarkan. Pengguna juga tidak boleh mendapat atau melihat kod sumber perisian tersebut.
Pakar-pakar komputer dan teknologi maklumat yang tidak berpuas hati terhadap penguasaan dan monopoli syarikat-syarikat perisian komputer telah menulis perisian mereka sendiri dan memberikannya secara PERCUMA. Pengguna boleh menggunakan perisian ini secara percuma dan ia boleh dipasang kedalam seberapa banyak komputer yang dikehendaki tanpa apa-apa bayaran lesen. Pengguna juga boleh memberikan perisian ini kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang sekatan. Selain itu kod sumber perisian tersebut juga diberikan secara percuma. Pengguna boleh melihat, mengubahsuai dan menggunakan kod tersebut di dalam kerja-kerja mereka.
[Sunting] Perisian Bebas (Free Software)
Projek perisian bebas yang dikenali sebagi Projek GNU diketuai oleh Richard Stallman. Ia bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti UNIX lengkap yang mempunyai pengkompil, aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan sebagainya. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengoperasian Linux yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan projek perisian bebas.Pada asasnya konsep perisian bebas merujuk kepada kebebasan bukannya harga. Untuk memahamainya Richard Stallman berkata:
`Free software' is a matter of liberty, not price. To understand the concept, you should think of `free' as in `free speech,' not as in `free beer.'
Free yang disebutkan bermaksud bebas, ia seperti 'kebebasan bersuara' bukan seperti 'bir yang percuma'. Bebas yang di maksudkan disini adalah :
- bebas untuk mengguna
- bebas untuk menyalin
- bebas untuk mengkaji dan mengubahsuai
- bebas untuk mengedarkannya
- bebas untuk memperbaiki
Disebabkan ianya bebas pengguna tidak perlu mememinta kebenaran atau membayar lesen untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai dan mengedar perisian tersebut.
[Sunting] Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
Sumber terbuka bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang, dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat dan diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.
Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI) telah dibentuk pada Feburari 1998 oleh Eric S. Raymond and Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan setengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-kormesial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:
- Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarannya
- Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma, tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya
- Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian tersebut atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai dibawah syarat yang sama
[Sunting] Perisian Bebas lawan Sumber Terbuka
Walaupun secara praktikalnya perisian bebas dan perisian sumber terbuka menggunakan lesen (yang percuma) yang sama, namun terdapat sedikit perbezaan. Perisian bebas mestilah bersumber terbuka, namun sumber terbuka tidak semestinya bebas.
- lihat en:Free software dan en:Open source
[Sunting] Lihat juga
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |