Piala Dunia FIFA 1986
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Piala Dunia FIFA 1986 - Mexico Mexico 86 |
|
---|---|
Pasukan | 24 (daripada 121 peserta) |
Tuan rumah | Mexico |
Johan | Argentina (2 anugerah) |
Bilangan pertandingan |
52 |
Bilangan Gol | 132(2.54 purata setiap pertandingan) |
Kehadiran | 2,393,331 (purata 46,026 purata setiap perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Gary Lineker 6 gol |
Piala Dunia FIFA 1986 berlangsung di Mexico pada 31 Mei - 29 Jun 1986. Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-13, menggantikan Colombia yang menarik diri kerana masalah kewangan. Mexico dipilih sebagai pengganti tuan rumah pada tahun 1983 di Stockholm, Sweden. Calon-calon lain yang menawarkan diri sebagai penganti tetapi tidak terpilih ialah Kanada dan Amerika Syarikat. Ini merupakan kali kedua Mexico terpilih selaku tuan rumah setelah tahun 1970.
Kurang dari setahun menjelang kejohanan, Mexico dilanda gempa bumi besar yang mengorbankan lebih 30 ribu orang. Gempabumi tersebut hampir sahaja membuatkan Mexico membatalkan menjadi tuan rumah. Disebabkan sebahagian besar stadium bolasepak masih utuh, FIFA memutuskan kejohanan tetap dilaksanakan di Mexico.
Format yang digunakan tidak jauh berbeza dengan Sepanyol 1982, ke-24 pasukan finalis dibahagi kepada enam kumpulan. Perbezaannya, pada pusingan kedua, yang diikuti 16 pasukan, menggunakan sistem kalah-mati.
Piala Dunia 1986 Mexico tidak boleh dipisahkan dengan Diego Armando Maradona. Tidak pernah, semenjak Pele melakukannya pada 1970, ada pemain yang secara "sendirian" mampu memberikan kemenangan kepada pasukannya selain Diego Armando Maradona. Maradona yang kemudian terpilih sebagai The Player of the Tournament.
[Sunting] Pertandingan
Udara nipis dan cuaca panas membuatkan pasukan dari Amerika Selatan, seperti Brazil, lebih diunggulkan. Brazil diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan bintang seperti Zico, Eder, Falcao, Socrates, dan Carlos.
Wakil Eropah pula diketuai juara Piala Eropah 1984, Perancis. Les Bleus yang diperkuat Michel Platini, Alain Giresse, Jean Tigana, dan Louis Fernandez dianggap sebagai pasukan dengan pemain tengah yang paling ampuh.
Walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan dibelakang Soviet Union pada peringkat kumpulan, Perancis menyingkirkan juara bertahan Itali 2-0 di pusingan kedua. Bahkan pada suku akhir di Guadalajara, Perancis mampu menyingkirkan Brazil menerusi penentuan sepakan penalti setelah perlawanan sebenar tamat dengan 1-1. Walaupun Platini gagal menyempurnakan penalti, penjaga gol Perancis Joel Bats mampu menghalang tendangan Socrates dan Julio Cesar, Perancis menang 4-3 untuk mara ke separuh akhir.
Pada separuh akhir, seperti di Sepanyol empat tahun sebelumnya, Perancis menyerah kalah kepada Jerman Barat, dengan jaringan 0-2.
Bintang Mexico 1986 adalah Maradona. Pada peringkat kumpulan, Argentina menumpaskan Korea Selatan 3-1, Itali 1-1, dan Bulgaria 2-0. Pada pusingan kedua, mereka mengalahkan Uruguay.
Pada suku akhir Maradona, secara sendirian membenam The Three Lions 2-1 menerusi dua golnya, termasuk satu gol kontroversi yang dikenali dengan "gol tangan Tuhan".
Setelah menundukkan Belgium 2-0 pada separuh akhir, Argentina menghadapi Jerman Barat untuk penentuan juara.
[Sunting] Akhir
Perlawanan akhir berlangsung di antara Argentina di bawah kendalian Carlos Bilardo dan Jerman di bawah kendalian 'Die Kaizer' Franz Beckenbauer pada 29 Julai 1986 di Stadium Azteca.
Menjelang final, Beckenbauer menugaskan Lothar Matthaeus untuk menghalangi gerakan Maradona. Walaupun tidak menjaringkan gol, dari kaki Maradonalah tiga gol Argentina tercipta.
Pertahanan Argentina, James Brown, menjaringkan gol pertama memanfaatkan kesalahan penjaga gol Jerman, Harald Shumacher. Pada minit ke-55, Jorge Valdano menambah keunggulan Argentina.
Pasukan Panser sempat bangkit. Karl-Heinz Rummenigge dan Rudi Voller menjaringkan gol pada minit ke-74 dan 80. Kedudukan menjadi 2-2. Tapi hasil umpanan Maradona, Jorge Burruchaga mampu menjaringkan gol tujuh minit sebelum perlawanan tamat. Argentina menang 3-2 dan membawa trofi juara untuk kali kedua.
[Sunting] Lain-lain
- Gary Lineker dari England meraih Kasut Emas setelah mengumpulkan enam gol sepanjang kejohanan.
- Anugerah pemain terbaik diraih Maradona.
- Pada kejohanan kali ini Kanada dan Iraq muncul buat pertama kali pada Piala Dunia. .
- Pemain Uruguay, Jose Batista, mencatatkan namanya dalam sejarah sebagai pemain terpantas yang diberi kad merah ketika bertemu Scotland.
- Jumlah peserta : 121 (24 di pusingan final)
- Jumlah perlawanan : 52
- Jumlah gol : 132
- Purata gol : 2.54
- Jumlah penonton : 2,407,431
- Purata penonton : 46,297
- Anugerah permainan bersih FIFA: Brazil
|
|||
---|---|---|---|
|
|||
|
|||
|
|||
|