New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Plácido Domingo - Wikipedia

Plácido Domingo

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Plácido Domingo

Latar belakang
Nama lahir José Plácido Domingo Embil
Juga dikenali sebagai Plácido Domingo
Lahir 21 Januari 1941, Madrid, Sepanyol
Genre Muzik klasikal
Pekerjaan Penyanyi opera
Alat muzik Suara
Tahun aktif 1959 - Kini
Pihak
berkenaan
The Three Tenors
Laman web Laman rasmi

José Plácido Domingo Embil (lahir 21 Januari 1941), lebih dikenali sebagai Plácido Domingo, ialah penyanyi tenor opera terkenal dunia berasal dari Sepanyol. Beliau terkenal dengan memiliki suara yang bermutu tinggi, lantang dan mampu menyanyikan melodi tinggi dengan jelas dan nyaring. Selain daripada menyanyi, beliau juga adalah konduktor persembahan opera dan memegang jawatan merangkap Ketua Pengarah Washington National Opera di Washington DC dan Los Angeles Opera di California.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Karier dan biografi

Plácido Domingo dilahirkan di Madrid, Sepanyol dan berpindah bersama keluarganya ke Mexico pada usia 8 tahun. Ibu dan bapa beliau adalah penyanyi/pelakon dan juga pengusaha perniagaan zarzuela (Opera Sepanyol). Di Mexico City, beliau dihantar belajar muzik di Mexico National Conservatory. Beliau menjadi penyanyi latar unutk Los Black Jeans pada tahun 1958, sebuah band rock-n-roll yang diketuai oleh César Costa. Dalam masa itu juga, beliau telah mahir bermain piano dan mula menjadi konduktor muzik.

Domingo membuat pementasan sulungnya pada 12 Mei 1953 di Teatro Degollado memegang watak sampingan sebagai "Pascual" untuk drama "Guadalajara" di Marina. dan diikuti dengan peranan "Borsa" dalam drama "Rigoletto", "Padre Confessor" (Le dialogue des Carmelites) dan banyak lagi. Persembahan pertama opera beliau sebagai watak utama adalah di Monterrey, melakonkan watak "Alfredo" di dalam teater "La Traviata" dan kemudiannya pada tahun 1962, Domingo menganggotai Israeli National Opera selama dua setengah tahun di Tel Aviv, di mana beliau telah menyanyi di dalam 280 persembahanan untuk 12 peranan berbeza.

Pada 19 September 1985, gempa bumi yang terbesar di dalam sejarah Mexico memusnahkan hampir keseluruhan ibu negara Mexico. Gempa bumi tersebut membunuh ribuan penduduk bandaraya tersebut termasuk makcik, pakcik, anak buah dan anak kepada anah buahnya apabila pangsapuri mereka, Nuevo León Apartment yang terletak di kawasan perumahan Tlatelolco, runtuh. Domingo bergegas ke tempat kejadian dan membantu penyelamat - penyelamat untuk mengeluarkan mangsa-mangsa gempa bumi. Pada tahun berikutnya, Domingo membuat konsert amal dan rakaman album untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.

Pada 25 Januari 2007, Plácido Domingo mengumumkan sesuatu yang dipanggilnya sebagai ‘perubahan karier terakhir’ dengan bertukar dari seorang tenor kepada bariton. Ini ditunjukkan apabila beliau mengambil peranan "Simón Bocanegra" (Doge of Genoa), di dalam salah satu drama seni Giuseppe Verdi yang memerlukan bakat bariton yang dikatakan amat sukar dibuat.

[Sunting] Persembahan ulung dan peranan drama

Pada tahun 1996, beliau memegang watak utama di dalam drama Don Rodrigo di bawah pimpinan penggubah Alberto Ginastera di New York City Opera dan mendapat kepujian yang besar. Beliau pertama kali membuat persembahan di Metropolitan Opera di New York pada 28 September 1968 bersama penyanyi soprano Itali, Renata Tebaldi, di dalam drama Adriana Lecouvreur di bawah pimpinan penggubah Cliea. Semenjak itu beliau telah membuat 21 persembahan di situ mengalahkan rekod yang dibuat oleh Enrico Caruso sebanyak 17 kali.

Beliau membuat persembahan pertamanya di Vienna State Opera pada tahun 1967, di La Scala dan San Francisco Opera pada tahun 1969 dan di Covent Garden pada tahun 1971, dan kini beliau membuat persembahan di hampir semua rumah opera terkenal dan perayaan di serata dunia.

Domingo dianggap sebagai tenor (yang masih hidup) yang memiliki pelbagai bakat di mana beliau telah menyanyi/melakonkan 92 watak di atas pentas sehingga ke tarikh ini. Ini tidak termasuk 123 lagi watak-watak yang dirakamkan, meliputi karya seni Mozart ke Ginastera. Walaubagaimana pun, kebolehan beliau lebih kepada drama seni Itali (Otello, Il Trovatore, Don Carlo), drama seni Perancis (Faust, Werther, Don José di dalam Carmen, Samson di dalam Samson et Dalila), dan drama seni Jerman (Lohengrin, Parsifal, dan Siegmund di dalam Die Walküre).

Beliau terus menambahkan banyak lagi jenis opera di dalam portfolio beliau, contohnya drama beliau yang terkini Cyrano de Bergerac , di bawah pimpinan penggubah Franco Alfano di Metropolitan Opera dan Royal Opera House di London.

[Sunting] Lain-lain pencapaian

  • Sepanjang kariernya, selain dari menyanyi, Domingo juga menceburi bidang pengarahan muzik (konduktor muzik) termasuk pengarahan orkestra simfoni. Arahan drama pertama beliau ialah drama seni La Traviata pada 7 Oktober 1973 di New York City Opera.
  • Pada tahun 1981, Domingo mendapat pengiktirafan tinggi dari luar dunia opera apabila beliau merakamkan lagu “Perhaps Love” berduet dengan mendiang John Denver, seorang penyanyi muzik country/folk Amerika Syarikat. Pada tahun 1987, beliau dan John Denver menyertai Julie Andrews berlakon di dalam filem yang memenangi anugerah Emmy "The Sound of Christmas” yang di filemkan di Salzburg, Austria.
  • Pada tahun 1993, Domingo mengasaskan Operalia, sebuah organisasi yang mengadakan pertandingan bakat-bakat muda opera sedunia.
  • Domingo ialah Ketua Pengarah kepada 2 syarikat opera, iaitu Washington National Opera dan Los Angeles Opera. Kontrak kerja beliau telah disambung sehingga sessi tahun 2010-2011.
  • Beliau telah menjadi nadi utama dengan memberi dorongan dan semangat kepada ramai artis muda opera. Salah seorang yang amat bertuah ialah Daniel Rodriguez, seorang tenor dari New York yang diundang khas ke Vilar/Domingo Young Artis Program untuk membantu bakat muda itu mengasahkan bakat seni di dalam skill opera.

[Sunting] Konsert The Three Tenors

Plácido Domingo menyertai 2 rakan tenornya, José Carreras and Luciano Pavarotti untuk sebuah konsert The Three Tenors pada malam pembukaan Piala Dunia FIFA pada 7 Julai 1990. Konsert ini memperkenalkan beliau kepada ramai pendengar di serata dunia, di luar dari dunia opera seperti yang biasa dibuatnya. Pada asalnya, konsert yang diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Leukemia Carreras tetapi kemudiannya disambung dengan rangkaian konsert di serata dunia termasuk ketika 3 perlawanan akhir piala dunia pada tahun 1994 di Los Angeles, 1998 di Paris, and 2002 di Yokohama. Domingo juga membuat persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA pada 2006 tetapi kali ini bersendirian tanpa rakan – rakan The Three Tenors.

[Sunting] Persembahan dalam filem dan television

Domingo muncul di dalam 6 filem opera seperti berikut:-

  • Arahan Jean-Pierre Ponnelle - Madama Butterfly
  • Arahan Francesco Rosi - Carmen (menerima anugerah Grammy)
  • Arahan Gianfranco de Bosio – Tosca
  • Arahan Franco Zeffirelli – Otello
  • Arahan Franco Zeffirelli - Cavalleria rusticana & Pagliacci
  • Arahan Franco Zeffirelli - La Traviata (bersama Teresa Stratas dan menerima anugerah Grammy)

Selain dari 6 filem, lakonan beliau juga banyak dirakamkan di dalam video termasuk karya Pucini untuk opera “Menon Lescaut” pada tahun 1978 di bawah terbitan La Scala Production yang memperkenalkan penyanyi soprano, Sylvia Sass. Domingo juga muncul di dalam rancangan television untuk “Zarzuela Evenings” dan “Live at the Met”.

[Sunting] Rakaman album dan opera

Domingo telah membuat lebih dari 100 rakaman, yang mana setiap rakaman – rakamannya adalah drama penuh opera dan selalunya adalah lakonan watak yang sama. Antara rakaman-rakaman beliau adalah dari karya aria penggubah legenda Itali, Giuseppe Verdi yang mana beliau telah melakon/menyanyikan kesemua karya seni penggubah tersebut, termasuk beberapa versi persembahan yang jarang dipersembahkan di dalam pelbagai bahasa yang mana ditulis oleh Giuseppe Verdi untuk persembahan tertentu sahaja.

Pada Ogos 2005, EMI Classics melancarkan rakaman studio terbaru untuk drama Tristan und Isolde , karya penggubah Richard Wagner, di mana Domingo menyanyikan lagu yang untuk watak utama, Tristan. Ulasan majalah The Economist, keluaran 8 Ogos 2005 di muka utama majalah, ditulis “Suara yang amat lengkap” dan memulakan rencana dengan perkataan “Monumental” dan diakhiri dengan , "a musical lyricism and a sexual passion that make the cost and the effort entirely worthwhile". Majalah The Economist juga mengulas persembahan Domingo pada Julai 2005 sebagai Siegmund di dalam drama karya Richard Wagner, Die Walküre di Covent Garden sebagai “sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupai” dan “amat pintar dan gemilang”. Ulasan majalah tersebut juga menambah bahawa Domingo akan terus mengambil peranan di dalam watak-watak baru yang tidak pernah dibuat sebelumnya.

Rakaman terbaru yang diedarkan pada pertengahan tahun 2006 juga memuatkan rakaman studio untuk lagu Edgar, karya penggubah Puccini, lagu Pepita Jiménez, karya penggubah Isaac Albéniz dan juga lagu pilihan Itali dan Neapolitan, berjudul Italia ti amo (bersama Deutsche Grammophon).

Di antara banyak kemunculan - kemunculan television beliau untuk selama beberapa tahun (kebanyakannya rancangan amal), beliau juga muncul sebagai bintang utama bersama New Orleans Opera Company untuk drama A Night For New Orleans bersama Frederica von Stade pada Mac 2006. Persembahan drama tersebut adalah untuk mengumpul dana untuk membina semula bandar tersebut dari malepetaka yang baru melanda.

[Sunting] Anugerah dan penghormatan

Sepanjang dalam karier seni, Domingo telah menerima banyak penghormatan dari pelbagai organisasi dan industri:

  • Kennedy Center Honors (2000)
  • Presidential Medal of Freedom (2002)
  • Prince of Asturias Award (1991)
  • Ella Award (2002)
  • Knight Commander of the Order of the British Empire (2002),
  • Légion d'honneur (2002),
  • Dua Classical Brit Awards (2006)
  • Anugerah kedoktoran dari:-
    • Kolej Muzik Royal Northern (1982)
    • Kolej Persembahan Seni Philadelphia (1982)
    • Universiti Oklahoma City (1984)
    • Universidad Complutense de Madrid (1989)
    • Universiti New York (1990)
    • Universiti Georgetown (1992)
    • Kolej Washington di Chestertown (2000)
    • Universiti Anáhuac di Mexico (2001)
    • Akademi Muzik Fryderyk Chopin di Warsaw (2003)
    • Universiti Oxford (2003).

Beliau mendapat tapak bintang pada tahun 1993 di Hollywood Walk of Fame.

[Sunting] Pautan luar

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu