Pokok Ramin Daun Tebal
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Ramin Daun Tebal | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Imej:Tiada gambar |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Ramin Daun Tebal, juga digelarkan Pokok Kayu Karut, merupakan sejenis pokok kayu keras yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, dan Papua New Guinea. Pokok ini bertumbuh dengan perlahan, khususnya di hutan paya. Nama botaninya Gonystylus brunnescens Airy Shaw.
Tinggi Pokok Ramin Daun Tebal sehingga 24 meter, dengan batang pokok yang lurus tanpa akar banir. Diameter batangnya sehingga 60 sentimeter, dengan kayu berwarna putih yang seringnya digunakan untuk perabot kanak-kanak, bidai, papan lapis, bingkai gambar, dan sebagainya. Kayu ini amat popular disebabkan ia lebih keras dan warnanya lebih muda, berbanding banyak kayu keras yang lain. Disebabkan eksploitasi berlebihan, Pokok Ramin Daun Tebal, bersama-sama dengan spesies-spesies yang lain dalam genus ini, telah disenaraikan sebagai spesies terancam, khususnya di Indonesia dan Malaysia.