Program frequent flyer
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Program frequent flyer adalah sebuah program berupa hadiah oleh syarikat penerbangan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang setia. Selalunya hadiahnya berupa poin dimana setiap kali pelanggannya terbang, dihadiahi poin itu. Apabila poin terkumpul mencapai sesebuah tahap, ianya boleh ditukar untuk mendapatkan tiket ke destinasi-destinasi tertentu.
Tujuan syarikat penerbangan memperkenalkan program ini adalah untuk mengekalkan 'kesetiaan' pelanggannya. Manakala, menerusi perikatan dan perkongsian kod antara sesama penerbangan menggalakkan lebih ramai penumpang menyertai program ini. Bagi penerbangan tambang rendah, selalunya ia tidak ada program frequent flyer seperti Air Asia kerana tidak sesuai untuk pasaran penerbangan tambang rendah.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |