Provinsi Samut Songkhram
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ibu kota | Samut Songkhram |
Gabernor | Anuwat Meteewiboonwut (sejak 2005) |
Keluasan | 416.7 km2 Tangga ke-76 |
Jumlah Penduduk |
204,177 (2000) Tangga ke-75 |
Kepadatan Penduduk |
490/km2 Tangga ke-5h |
ISO 3166-2 | TH-75 |
Samut Songkhram (bahasa Thai: สมุทรสงคราม) ialah salah satu daripada provinsi (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari selatan ikut arah jam) Phetchaburi, Ratchaburi dan Samut Sakhon. Orang tempatan memanggil Provinsi Samut Songkhram sebagai Mae Klong. Dari segi keluasan, provinsi ini merupakan provinsi yang terkecil di Thailand. Chang dan Eng Bunker yang merupakan kembar siam yang pertama di dunia dilahirkan di sini.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Samut Songkhram terletak di muara Sungai Mae Klong di sebelah Teluk Thailand. Dengan banyak terusan (khlong), air sungai dibahagi-bahagikan ke seluruh provinsi untuk pengairan. Di pantai, terdapat banyak tasik yang menghasilkan garam laut. Beting Don Hoi Lot yang terletak di muara sungai termasyhur untuk moluska Solen regularis yang amat banyak.
[Sunting] Sejarah
Pada zaman Ayutthaya, kawasan Samut Songkhram dikenali sebagai "Suan Nok" (bahasa Thai: สวนนอก yang bermaksud kebun bunga luar) dan ditadbirkan oleh Ratchaburi. Semasa pemerintahan Raja Taksin, kawasan ini dijadikan sebuah provinsi.
Provinsi Samut Songkhram ialah tempat kelahiran Permaisuri Amarindra, isteri kepada Raja Rama I, raja yang memulakan penggunaan nama Suan Nok. Tempat kelahiran Raja Rama II di daerah Amphawa kini merupakan taman peringatan.
[Sunting] Lambang
![]() |
Mohor provinsi ini menampilkan sebuah dram yang terapung di sungai. Perkataan Thai untuk "dram" ialah klong, dan bertujuan untuk merujuk kepada Sungai Mae Klong, serta nama lama provinsi ini, iaitu Mae Klong. Di kedua-dua belah sungai ditampilkan pokok-pokok kelapa yang merupakan keluaran utama untuk provinsi ini.
Pokok provinsi ini ialah Pokok Ru (Casuarina equisetifolia). |
[Sunting] Bahagian pentadbiran
Provinsi Samut Songkhram dibahagikan kepada tiga buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 38 buah komun (tambon) dan 284 buah desa (muban). Terdapat sebuah bandar (thesaban mueang) dan tiga buah perbandaran (thesaban tambon) di provinsi ini.
- Mueang Samut Songkhram
- Bang Khonthi
- Amphawa
[Sunting] Pautan luar
- Halaman provinsi daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand
- Laman web rasmi Provinsi Samut Songkhram – bahasa Thai
Wilayah-wilayah Thailand | ![]() |
||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|