Wilayah Yala
Dari Wikipedia bahasa Melayu
![]() |
|
Keluasan: | 4,521.1 |
Jumlah penduduk | 415,537 (tahun 2000) |
Kepadatan: | 92 inh./km² |
Yala (Thai ยะลา) adalah wilayah (changwat) Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat laut ikut jam) adalah Songkhla, Pattani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Jolor.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Wilayah ini terletak di Semenanjung Malaysia.
[Sunting] Sejarah
Pada asalnya, Yala, bersama dengan Narathiwat adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Patani yang berada di bawah pengaruh kerajaan Siam Sukhothai dan Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Siam sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Siam menakluki Pattani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Pattani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.
[Sunting] Demografi
Yala merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; lebih kurang 68.9% adalah Muslim. 66.1% penduduk Yala adalah dari bangsa Melayu.
[Sunting] Simbol
[Sunting] Kawasan pentadbiran
Yala terbahagi kepada 7 kawasan pentadbiran (Amphoe) dan satu kawasan kecil (King Amphoe), dibahagikan lagi kepada 56 daerah swapraja (tambon) dan 341 buah kampung (mubaan).
Amphoe | King Amphoe | |
---|---|---|
|
|
|
[Sunting] Kekecohan
Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.
Pada 26 Oktober 20004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.
Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.
[Sunting] Pautan luar
- Laman Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu
- Laman Kebudayaan Islam Selatan
- "700 casualties since January" - artikel berita daripada Xinhua
- "78 killed following riot" - artikel berita daripada MSNBC
Wilayah-wilayah Thailand | ![]() |
||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|