Pulau Melaka
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pulau Melaka merupakan sebuah perkampungan Melayu yang terletak lebih kurang enam kilometer dari Bandar Kota Bharu, Kelantan. Ia berada dalam keadaan terasing atau terpisah kerana dipisahkan oleh dua batang sungai yang mengelilinginya.
Di kampung inilah lahirnya seorang tokoh besar dalam bidang agama dan politik iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, selaku seorang ulama' dan Menteri Besar Kelantan yang tersohor.
Di sini juga terletaknya Sekolah Agama Darul Anwar yang dibangunkan atas usaha Haji Nik Mat Raja Banjar, iaitu ayahanda kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah wakaf pada tahun 1962
[Sunting] Sumber
Buku Biografi Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Seorang Ulama' Serta Ahli Politik Malaysia Di abad Ke 20. Karangan Jamal Mohd Lokman Sulaiman, terbitan SULFA Human Resources & Development, Jun 1999.