Kota Bharu
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kota Bharu كوت بهارو |
|
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Keluasan | |
---|---|
Bandar | km² |
Penduduk | |
Bandar (2005) | 425,294 |
Lain-lain | |
Zon masa | MST (UTC+8) |
|
|
Laman web: http://www.mpkb.gov.my/ |
Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2005 ialah sekitar 425,294 orang.
Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang.
Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
- Masjid Sultan Ismail.
- Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
- Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).
[Sunting] Sejarah
Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.
Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.
Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".
Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.
[Sunting] Pautan luar
- Fail Peta Bandar Kota Bharu
- Kerajaan Negeri Kelantan
- Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)
![]() |
Kelantan Darul Naim | ![]() |
---|---|---|
Jajahan: Kota Bharu | Pasir Mas | Tumpat | Pasir Puteh | Bachok | Kuala Krai | Machang | Tanah Merah | Jeli | Gua Musang | ||
Bandar: Bachok | Dabong | Gua Musang | Jeli | Kota Bharu | Kuala Krai | Machang | Pasir Mas | Pasir Puteh | Pengkalan Chepa | Pengkalan Kubur | Perupok | Rantau Panjang | Tanah Merah | Tumpat |