Rasisme
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rasisme (bahasa Inggeris:Racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri rasnya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada ras yang berbeza; dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan ras yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.
Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kecelakaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap golongan ras yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:
- Diskriminasi kaum
- Pengasingan kaum
- Pembasmian kaum
[Sunting] Jenis rasisme
Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
- Rasisme Individu
Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan. - Rasisme Struktur
Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan. - Rasisme Ideologi
Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum X menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa Y, menurut agama Z. - Rasisme Berbalik
Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum X memandang rendah kepada kaum Y kerana kaum Y memandang rendah kepada kaum X.
![]() |
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu. Anda boleh membantu mengemaskinikannya. |