Revolusi Mei 1810
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Revolusi Mei 1810 merupakan titik permulaan kearah kemerdekaan Argentina dari jajahan Sepanyol. Ianya berlaku akibat dua faktor yang utama. Pertamanya ialah kemenangan rakyat Buenos Aires keatas angkatan laut British pada 1806 hingga 1807. Sewaktu pihak British menceroboh bandar ini, wizurai dari Sepanyol telah melarikan diri. Oleh itu rakyat disini bertambah yakin dengan kekuatan mereka dan kelemahan para penjajah. Keduanya ialah campurtangan Perancis dalam kerajaaan Sepanyol. Pada 1808, Napoleon Bonarparte telah menjatuhkan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand VIII dan mengangkat adiknya, Joseph sebagai pengganti dengan sokongan padu tentera Perancis. Rakyat bandar ini tidak mengiktiraf raja yang asing ini dan berpendapat perwakilan Sepanyol di bandar itu sebagai perwakilan yang tidak sah.
Oleh itu bermula dari pengisytiharan kemerdekaan dari cabildo terbuka Buenos Aires, mereka telah mencetuskan revolusi yang bekembang kenegara-negara Amerika Latin yang lain di bawah jajahan Sepanyol.
Walaupun secara rasminya Argentina mencapai kemerdekaan pada 9 Julai 1816, hari kebangsaan negara disambut pada 25 Mei 1810 iaitu tarikh revolusi tersebut..