Buenos Aires
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Buenos Aires merupakan ibu negara serta bandar raya terbesar di Argentina. Nama bandar raya ini bermaksud "Udara yang Baik" dalam bahasa Sepanyol. Ianya terletak di selatan bandar River Plate. Penduduknya seramai 2,776,234 orang pada 2001.
Buenos Aires terbahagi kepada kepada 47 kawasan. Kawasan-kawasan yang paling terkenal termasuklah San Telmo, La Boca, Retiro, Recoleta, Barrio Norte, Downtown, Palermo dan Belgrano. Disebelah utara adalah kawasan mewah serta bergaya seperti Recoleta, Palermo dan Belgrano dimana terdapat banyak cafes, restoran dan kedai "designer" yang eksklusif. Di selatan pula terdapat San Telmo dan La Boca. San telmo masyhur sebagai tempat artistik bohemia, dan disana boleh dijumpai banyak studio-studio pelukis dan kedai-kedai antik. Manakala La Boca, lebih terkenal dengan rumah-rumahnya yang beranika warna, dan merupakan tempat kediaman kelab bolasepak terunggul iaitu Boca Juniors. Di kawasan tengahnya terdapat Barrio Norte, Retiro dan kawasan Downtown. Kebanyakan muzium dan bangunan kerajaan terletak di Downtown.
- Diterjemah dari laman web http://www.letsgoargentina.com/information/neighbourhoodguide.php