Wikipedia:Ringkasan suntingan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Ringkasan suntingan seharusnya menjawab soalan, "Mengapa anda membuat suntingan ini?". Sentiasalah mengisi ruangan ringkasan setelah menyunting, ia merupakan suatu amalan yang digalakkan dalam wikipedia. Malahan perbuatan ini dianggap wajib bagi sebarang perbuatan pemadaman.
Ruangan Ringkasan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada satu ruangan yang terletak di bahagian bawah laman suntingan yang digunakan untuk mengisi rumusan tetang suntingan yang anda lakukan terhadap rencana yang berkenaan.
Rumusan tetang penyuntingan yang anda lakukan itu dapat membantu pengguna lain untuk membuat keputusan sama ada mahu atau tidak untuk memeriksa perubahan yang telah dilakukan. Mereka tidak perlulah memeriksaan kesemua perubuhan untuk membersihkan segala anasir vandalisme. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna wikipedia dapat memerangi vandalisme dengan lebih efisien.
Ruangan ringkasan yang disediakan dalam sistem wiki ini sebanyak-banyaknya dapat diisi dengan 200 aksara. Sekiranya anda mengisi lebih daripada 200 aksara, maka aksara (mula daripada aksara yang ke 201) yang lebih itu tidak akan dilayan.
[Sunting] Cara untuk menulis ringkasan
Terdapat beberapa cara untuk menulis ringkasan anda. Tetapi pada dasarnya ringkasan anda haruslah "ringkas dan padat". Antara cara-cara menulis ringkasan adalah seperti berikut:
- Menyalin kesemua tambahan yang anda lakukan ke dalam ruangan ringkasan.
- Nyatakan sebarang pemadaman yang dilakukan dan berikan alasan.
- Tulis "Pembetulan Ejaan" sekiranya anda hanya membetulkan ejaan di dalam rencana.
- Tulis "Letak Imej" sekirannya anda hanya meletak imej ke dalam rencana.
- Tulis "Susun Semula" sekiranya anda mengubah bentuk bahasa dalam rencana dengan tanpa menjejaskan unsur semantik (makna) yang terkandung dalam rencana.
- Tulis "Beri Kategori" sekiranya anda mengkategorikan rencana berkenaan.
- Tulis "Interwiki" sekiranya anda menambahkan interwiki kepada rencana tersebut.
Jika anda tidak dapat meringkaskan ringkasan anda, tulislah perkara terpenting, dan nyatakan bahawa anda menulis lebih lanjut di laman perbincangan.