Rumah panjang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dalam bidang arkeologi dan antropologi, rumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini.
[Sunting] Rumah panjang di Eropah
Rumah panjang terdapat di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuknya Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat. Dua jenis rumah panjang Eropah yang kini telah pupus ialah:
- Jenis neolitik Danube (Bandkeramik) yang diperkenalkan oleh petani-petani yang pertama di Eropah tengah dan barat sekitar 5000 S.M..
- Rumah panjang penternak lembu Germanik yang termuncul disepanjang pantai barat daya Laut Utara pada abad ke-3 S.M. ataupun abad ke-4 S.M. dan mungkin merupakan perintis untuk sesebahagian jenis rumah Zaman Pertengahan, seperti Langhus Skandinavia, dan kelainan rumah panjang Inggeris, Wales dan Scotland, serta "Fachhallenhaus" Jerman dan Belanda.
Jenis rumah panjang Zaman Pertengahan di Eropah yang masih wujud termasuknya:
- langhus Skandinavia ataupun Viking
- kelainan England barat daya di Dartmoor dan Wales
- jenis England barat laut di Cumbria
- "taighean dubha" ("blackhouse"), iaitu rumah panjang Scotland.
[Sunting] Rumah panjang orang asli Malaysia
Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ianya tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.