Saifuddin Mahmud Al-Qutuz
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Saifuddin Mahmud Al-Qutuz dilahirkan di dalam kalangan keluarga beraja Bani Mamluk Mesir. Menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada Oktober 1260.
[Sunting] Jasa
Antara jasa beliau yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Dengan kerjasama daripada panglima beliau iaitu Panglima Baybar, Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz mengisytiharkan peperangan terhadap tentera Mongol dengan membunuh utusan perangnya. Hal ini menyebabkan kemarahan pihak Mongol. Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di tempat yang bernama Ain Jalut yang mana pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam seterusnya menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
[Sunting] Keperibadian
Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa Sultan Saifuddin sanggup menggadai barang-barang istana beliau tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.