Sekolah Sultan Alam Shah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sekolah Alam Shah | |
![]() |
|
Moto | "Cita, Usaha, Jaya" |
Masa Penubuhan | 7 Februari 1963 |
Penubuhan Rasmi | 7 Mac 1964 oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Jenis Sekolah | [Sekolah Berasrama Penuh (SBP) |
Pengetua | {{{Pengetua}}} |
Timbalan-Timbalan Pengetua | Suhaimi Zaman, {{{Timbalan2}}} |
Lokasi | Parcel G, Precinct 1, Putrajaya |
Kemasukan Pelajar | {{{Kemasukan}}} |
Laman Rasmi | {{{Laman}}} |
Sekolah Alam Shah (SAS) ditubuhkan hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Penyata Razak tahun 1958. Sekolah menengah aliran Melayu telah dimulakan pada tahun 1958 dan Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam. Sekolah ini buat pertama kalinya menjadi jambatan kepada pelajar-pelajar aliran Melayu yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi.
[Sunting] Sejarah
Pembinaan sekolah ini pada mulanya dirancang bersama dengan pembinaan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Cheras pada awal tahun 1958, tetapi terpaksa ditunda hingga 1961. Pembinaan sekolah ini siap pada akhir tahun 1962 setelah menelan belanja RM 3 juta. Dan pada 7 Februari 1963, sekolah ini dibuka untuk persekolahan. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kedua iaitu Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, D.M.N.D.K (Brunei), K.C.M.G, telah memperkenankan sekolah ini menjunjung nama baginda. Pengetua yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En. Halimi bin Haji Sharbaini dan nama beliau diabadikan di sekolah ini dengan menamakan salah sebuah rumah sebagai rumah Halimi.
Tanggal Sabtu 7 Mac 1964 adalah merupakan detik yang bersejarah bagi Sekolah Alam Shah apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah D.K, S.P.M.S, D.M.N, D.K (Brunei) telah merasmikan pembukaan sekolah ini. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Selangor, YB Menteri Pelajaran Malaysia, En Aminuddin Baki, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia dan Ketua Pegawai Pelajaran Selangor.
Pada permulaannya pelajar SAS terdiri daripada pelajar tingkatan 4-6 Rendah termasuk 8 orang pelajar puteri (tingkatan 6 Rendah). Kemudiannya mulai 1974, pelajar tingkatan 1 mulai diambil dan pada tahun 1972, pengambilan pelajar puteri ditamatkan. Sementara itu, pengambilan pelajar-pelajar Matrikulasi UKM dimulakan pada tahun 1975 dan ditamatkan pada tahun 1998.
SAS yang dahulunya terletak di Jalan Yaacob Latiff(dulu dipanggil Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya pada 26 April 2003. Perpindahan ke kawasan Koridor Raya Multimedia(MSC) itu juga dilihat sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah sekolah bestari.
[Sunting] Bekas pengetua
- En. Halimi Hj. Sharbaini
- En. Eric Yeow Teck Siang
- En. Ahmad Salleh
- En. Ariffin Suhaimi
- En. Hamid Ayob
- En. Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
- En. Mahpor Baba
- En. Ibrahim Yahaya
- En. Ghazali Oda Omar
- En. Hamzah Salas
- En. Baharom Othman
- En. Harun Hassan
- En. Mohamad Ahmad Sani
- En. Abd. Rahman Mohd. Yunus
- En. Mohd. Razali Hj. Mahmud
- Tuan Haji Abdul Raof B. Hussin
- Tuan Haji Mohamed Zon B. Ramli
- Tuan Haji Md. Yusoff B. Othman
- Tuan Haji Samsudin B. Md Nor
- En.Khairil B. Awang