Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ialah Sultan Kedah yang ke-26. Baginda memerintah selama 61 tahun antara tahun 1882 sehingga 1942, iaitu dari pemindahan pertuanan Siam kepada pihak British sehingga peralihan beransur-ansur dari sistem pemerintahan beraja kepada sistem perlembagaan beraja.
[Sunting] Tahun-tahun pemerintahan antara 1882 - 1910
Kedah merupakan satu negeri lindungan Siam dan pihak British mempunyai tapak di Pulau Pinang dan beberapa bahagian di tanah besar yang bersebelahan pada tahun-tahun akhir abad ke-19. Oleh itu, ketika Sultan Hamid naik takhta pada tahun 1882 pada umur 19 apabila abangnya Zainul Rashid mangkat, baginda berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan disebabkan dikehendaki menghadapi dua kuasa asing, setiapnya dengan niat masing-masing. Ketakhtaan baginda disahkan oleh Raja Chulalongkorn, sebagai Dipertuan pada 21 Januari 1882. Sultan Hamid mempunyai hubungan yang mesra dengan Raja itu, tetapi seseorang harus mengingati kenyataan politik antarbangsa yang penuh dengan kepayahan, sesuatu yang Sultan Hamid menemui tidak lama kemudian.
Pada tahun 1895, Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama dengan gelaran Chao Phya Saiburi dan kemudiannya gelaran tambahan untuk Phya Riddisongkran Bhakti. Raja Chulalongkorn juga menghantar dua anak lelaki Sultan Hamid ke Eropah untuk melanjutkan pendidikan mereka. Tunku Yusuf kemudian berkhidmat kepada Raja Chulalongkorn ketika kepulangannya, dan Tunku Badlishah tinggal di Siam untuk satu tempoh yang singkat selepas memperoleh ijazah ekonominya dari [[Universiti Oxford.
Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan ufti dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di Bangkok sebagai tanda untuk pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun 1910, Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.
Sultan Hamid membuat empat lawatan ke Siam pada tahun 1890, 1892, 1895 dan 1903. Sebaliknya, Raja Chulalongkorn melawat Kedah pada tahun 1874, 1890, 1896 dan 1904. Bagaiamanpun, menurut himpunan surat Sultan Hamid, Raja Chulalongkorn hanya membuat satu lawatan ke Kedah pada thaun 1890.
Dari masa naik takhta Sultah Hamid pada tahun 1882 sehingga 1905, Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Neger ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Ini menyebabkan pengisytiharan sebuah perlembagaan yang baru pada 29 Julai 1905. Pada tahun-tahun yang berikut, pentadbiran negeri dikendalikan oleh Majlis Negeri yang diketuai oleh Pemangku Raja Tunku Abdul Aziz (1905-1907), adik Sultan, dan kemudiannya oleh lagi seorang adik, Tunku Mahmud (1907-1914), diikuti oleh anak-anak baginda, Tunku Ibrahim (1914-1934) dan Tunku Badlishah (1937-[[1943[[). Penubuhan Majlis Negeri bermakna bahawa kuasa Sultan disekat.
Pada tahun 1909, sebagai satu langkah strategi untuk melindungi kemerdekaan Siam daripada kuasa-kuasa asing yang terbesar (British dan Perancis), Raja Chulalongkorn memeterai Perjanjian Inggeris-Siam yang memindahkan hak pertuanan Siam terhadap negeri-negeri Melayu di utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu kepada Britain. Ini dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Perbuatan ini melukai hati Sultan Hamid, dan baginda dikatakan bertitah: "Beta boleh mengampunkan Pembeli tetapi Beta tidak boleh mengampunkan Penjual".
[Sunting] Kehidupan peribadi
Hidup peribadi Sultan Hamid diceritakan dalam buku Datuk James F. Augustine, "Kenangan Masa Lampau Kedah".
Walaupun Sultan Hamid menjadi seorang penyendiri pada tahun-tahun akhirnya, baginda masih sedar akan apa-apa yang berlaku. Baginda seorang Islam yang warak, dan selalu dilihat berjalan-jalan atau duduk lanca yang ditarik oleh pengiringnya dekat Istana Kampung Bahru pada setiap pagi. Baginda kekadang berjalan di hadapan lancanya semasa berdoa dengan membilang buah tasbih.
Makanan Sultan Hamid disediakan oleh seorang tukang masa Cina dan baginda tidak makan banyak. Baginda cemerlang dalam permainan biliard dan bermain hampir setiap hari di dalam bilik biliard peribadinya.
Kecuali ketika baginda pergi ke masjid untuk sembahyang pada hari Jumaat atau untuk berjalan-jalan dengan kereta Victorianya yang kemudian diganti menjadi Rolls Royce berwarna kuning, Sultan Hamid jarang muncul di khalayak ramai.
Sebagai kebiasaan, ahli-ahli kerabat diraja dan pegawai-pegawai kerajaan kanan akan mengunjungi Sultan Hamid pada Hari Raya di Istana Kampung Bahru. Pelawat-pelawat akan disambut di bilik tamu di tingkat atas. Ketika menunggu kemunculan Sultan, cerut akan dibahagi-bahagikan dan sapu tangan dipercikkan dengan minyak wangi. Sultan Hamid tidak banyak bertitah pada masa-masa seperti itu dan tidak lama kemudian, baginda akan berangkat.
Pada petang hari keputeraan Sultan Hamid, sebuah majlis akan diadakan di kawasan Istana. Baginda akan menghadiri majlis ini dan berjalan-jalan dengan diiringi oleh sekaki payung kuning. Tanda kebesaran kerajaan ini menimbulkan satu peristiwa ketika Kelab Gymkhana Kedah mengadakan mesyuarat pertamanya di Alor Star. Sultan Iskandar dari Perak sedang berjalan-jalan di halaman dengan payung dirajanya ketika Sultan Abdul Hamid termuncul tanpa disangka. Sultan Hamid telah turun dari petak diraja untuk berjalan-jalan diiringi oleh payungnya. Sultan Iskandar dengan segara memerintah pembawa payungnya untuk menutup payung. Ini merupakan contoh yang ketara tentang sopan-santun dan protokol.