Sultan Abdul Hamid Halim Syah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sultan Abdul Hamid Halim Syah ialah Sultan Kedah yang ke-24. Baginda ialah ayahanda kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj , Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Tunku Abdul Rahman dilahirkan ketika Sultan Abdul Hamid berusiaa 39 tahun.
Sultan Abdul Hamid menaiki takhta pada tahun 1882.
Sultan Abdul Hamid berkahwin serbanyak 8 kali , mempunyai 45 anak dan 92 cucu . Dari tahun 1896 hingga kemangkatannnya pada April 1943, Sultan Abdul Hamid selalu sakit. Pentadbiran negeri diserahkan kepada Raja Muda Tunku Ibrahim.
Pada tahun 1909 , Persetiaan Inggeris dan Siam ditandatangani dan memaksa Sultan Abdul Hamid menerima seorang Konsol British.
1909 Sultan Abdul Hamid setuju membawa masuk pentadbiran British ke negeri Kedah akibat daripada hutang Kedah yang terlalu tinggi. Sebelum itu iaitu pada tahun 1904, perkahwinan anak Sultan Abdul Hamid iaitu Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari menyebabkan wang kerajaan hampir kering. Untuk menampung perbelanjaan negeri , Sultan Kedah meminjam dari ceti di Pulau Pinang. Kemudian Sultan Kedah meminjam dari Kerajaan Siam sebanyak RM26,000.00 dan Siam meletakkan seorang penasihat kewangan bangsa British iaitu WJF.Williamson. Wang ini sebenarnya daripada British yang bertujuan mahu campurtangan dalam pentadbiran Kedah. Tambahan pula Jerman dan Perancis turut berminat dengan Tanah Melayu.
1910 Sultan Abdul Hamid menghantar bunga emas kepada Siam seperti biasa tiap-tiap tahun. Tahun 1910 juga Sultan Abdul Hamid menghantar 2 pokok bunga emas kepada King Edward VII di London sebagai tanda persahabatan.