Sungai Baram
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Tama Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.
Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain.
Di Perak, Sungai Perak biasa disebut sebagai Batanghari. Batang Padang pula merupakan sebuah daerah yang meliputi bandar Tapah, Perak.