Sarawak
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Negeri-negeri di Malaysia |
|||||
Sarawak سراوق |
|||||
|
|||||
Cogan kata: Bersatu, Berusaha, Berbakti | |||||
Lagu negeri: Ibu Pertiwiku | |||||
Ibu negeri | Kuching | ||||
---|---|---|---|---|---|
Parti memerintah | Barisan Nasional | ||||
- Yang di-Pertua Negeri | Abang Muhammad Salahuddin | ||||
- Ketua Menteri | Abdul Taib Mahmud | ||||
History | |||||
- Brunei Sultanate | 19th century | ||||
- Brooke dynasty | 1841 | ||||
- Japanese occupation | 1941-1945 | ||||
- British control | 1946 | ||||
- Accession into Malaysia | 1963 | ||||
Keluasan | |||||
- Jumlah | 124,450 km² | ||||
Populasi | |||||
- Anggaran 2005 | 2,376,800 | ||||
- Kepadatan | 19.1/km² | ||||
Kod panggilan kebangsaan | 082a 083b 084c 085d 086e |
||||
Poskod kebangsaan | 93xxx to 98xxx | ||||
Huruf pertama plat kenderaan | QA & QK1 QB2 QC3 QL4 QM5 QP6 QR7 QS8 QT9 QSG10 |
||||
Laman web: | http://www.sarawak.gov.my | ||||
a Untuk Kuching b Untuk Sri Aman c Untuk Sarikei & Sibu d Untuk Lawas, Limbang & Miri e Untuk Bintulu 1 Kuching 2 Sri Aman 3 Kota Samarahan 4 Limbang 5 Miri 6 Kapit 7 Sarikei 8 Sibu 9 Bintulu 10 Sarawak State Government vehicle |
Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Kedua-dua Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Geografi
Untuk rencana lanjutan, lihat Bahagian di Sarawak dan Geografi Sarawak
Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan timur Malaysia. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.
Sarawak adalah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan asset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya(Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut Cina Selatan yang kira-kira 600km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah bandar Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
[Sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Sarawak
Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.
Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.
Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.
Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.
[Sunting] Kerajaan negeri
Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.
[Sunting] Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Tun Abang Haji Openg | 1963 | 1969 |
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 | 1977 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 | 1981 |
Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 | 1985 |
Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 | 2000 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 | kini |
[Sunting] Politik
Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Sarawak
[Sunting] Ekonomi dan budaya
Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Sarawak
Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Sarawak
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan luar
- Koleksi peta-peta Sarawak
- http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/sarawak.htm
- portal kerajaan Sarawak.
- Majlis Daerah Sarawak.
Sarawak | ||
---|---|---|
Bahagian: Betong | Bintulu | Kapit | Kuching | Limbang | Miri | Mukah | Samarahan | Sarikei | Sibu | Sri Aman | ||
Bandar raya: | Kuching | Miri | ||
Bandar: Asajaya | Ba'kelalan | Bau | Belaga | Betong | Bintangor | Bintulu | Dalat | Daro | Debak | Julau | Kanowit | Kapit | Lawas | Limbang | Lingga | Lubok Antu | Lundu | Mato | Meradong | Mukah | Marudi | Pakan | Pusa | Samarahan | Saratok | Sarikei | Serian | Selangau | Sibu | Simunjan | Song | Spaoh | Sri Aman | Tanjung Kidurong | Tatau | Tebedu |
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | ||
---|---|---|
Negeri | Johor • Kedah • Kelantan • Melaka • Negeri Sembilan • Pahang • Perak • Perlis • Pulau Pinang • Sabah • Sarawak • Selangor • Terengganu | |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur • Labuan • Putrajaya |