Sungai Tekala
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor.
[Sunting] Air Terjun Sungai Tekala
Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.
Selain air terjun Sungai Tekala, terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :
- Kolam Air Panas Sungai Lalang
- Air Terjun Sungai Gabai
- Air Terjun Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
- Gerai menjual makanan dan minuman
- Surau
- Bilik persalinan
- Tempat berteduh
- Tong sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang.
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :
- Meranti
- Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
- Meranti tembaga ( shorea leprosula )
- Penarahan ( myristieaceae )
- Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
- semaian pokok petai
- Durian
- Jering.
Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.
[Sunting] Hutan lipur
Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala.
- Pokok Kasai ( pometia spp)
- Pokok Kasai Daun Besar ( pometia pinnata)
- Pokok Terentang ( campnoosperma spp)
- Pokok Medang
- Pokok Jelawai Jaha ( terminalia subspathulata hing )
- Pokok Keruing ( diptrocarpus spp )
- Pokok Keledang Tampang Bulu
- Pokok Kelat ( syzygium spp)
- Pokok Cempedak ( artocarpus kemando)
- Pokok Kenanga ( cananga odorata )
- Pokok Kembang Semangkok ( serphium spp)
- Pokok Balik Angin ( mallotus spp)
- Pokok Durian Kampung ( durio ziberthinus murray )
- Pokok Terap Nasi ( artocarpus elasticus )
- Pokok Meranti Pa'ang ( shorea bracteolata dyer )
- Pokok Meranti Tembaga ( shorea loprosula )
- Pokok Meranti Melantai
- Pokok Meranti Rambai Daun ( shorea acuminate dyer )
- Pokok Meranti Nemesu ( shorea pauciflora king )
- Pokok Meranti Kepong ( shorea ovalis )
- Pokok Meranti Sarang Punai Bukit
- Pokok Damar Hitam Bulu ( Shorea longisperma Roxb.)
- Pokok Damar Hitam Pipit ( shorea multiflora symington )
- Pokok Kedondong ( dacryodes spp)
- Pokok Kedondong Sengkuang ( seutinanthe brunnea)
- Pokok Kedondong Kerantai Licin ( santiria leevigata )
- Pokok Leban ( vitex spp)
- Pokok Merbau ( linisia palembanica)
- Pokok Melunak ( pentace spp)
- Pokok Ara ( ficus spp)
- Pokok Merawan Siput Jantan ( hopea odorata )
- Pokok Gapis (saraca spp)
- Pokok Mahang ( makaranga spp )
- Pokok Bayur Bukit ( lithocarpus spp )
- Pokok Penarahan ( horsfielda spp )