Takwim
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Takwim, atau kalendar merupakan satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi, seperti matahari atau bulan. Takwim juga boleh merupakan satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Jenis Takwim
Jenis takwim/kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi yang diikuti.
[Sunting] Kalendar Solar
Kalendar Solar adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya ialah Kalendar Gregorian dan Takwim Julius.
[Sunting] Kalendar Lunar
Kalendar Lunar adalah berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah.
[Sunting] Kalendar Lunisolar
Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah Kalendar Cina.
[Sunting] Senarai Takwim
[Sunting] Masih digunakan
- Kalendar Cina
- Kalendar Gregorian
- Kalendar Julian
- Takwim Hijrah
- Takwim Iran
[Sunting] Sudah pupus
- Kalendar Aztec
- Takwim Maya
- Takwim Positivist