Tarian Ngajat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tarian Ngajat sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak.
Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Latihan ini adalah latihan rohani dan jasmani dan pada zaman dahulu ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari-penari akan memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke oaras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu.
Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kanan lalu menari berjingkit-jingkit dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkurungmong.